Monday, March 14, 2011

Ratu Cantik Ular Melapah Ular Orok-Orok Tanda Kemenangan

Apa punya cara la nak meraikan kemenangan pertandingan ratu cantik ular? Nama pertandingan pun ratu cantik ular, bukan sepatutnya kena tolong memulihara ular ke? tapi ini macam membunuh jer.. hurm.. tapi mungkin jugak cara ni ada kebaikan nya? terpulang kepada individu untuk mentafsir.... bagi aku macam kejam jer...

Pemenang Ratu Cantik Ular di Sweetwater, Texas perlu melapah ular spesies orok-orok selain diberikan tiara kemenangan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemenang ratu cantik itu, Laney Wallace yang memenangi gelaran tersebut pada minggu lalu hanya menggunakan parang untuk memutuskan kepala dan melapah kulit ular tersebut dengan menggunakan gunting.
"Saya terlalu teruja untuk memutuskan dan melapah kulit ular," katanya.

Daging ular itu digoreng untuk dijadikan makanan ringan, manakala kulit haiwan itu digunakan untuk membuat but dan dompet manakala racunnya pula untuk dibuat kajian.
Pemenang kedua pula diminta mencelup tangannya dengan darah ular tersebut dan membuat kesan tapak tangannya yang berdarah di dinding. - Kosmo

p/s: macam-macam dengan dunia sekarang ni

4 comments:

.:: Miu Miu ::. said...

euwww.. kejam gile! psycho!

DuD said...

apa motifnye pertandingan tu..?? sewel ah dorg nih

Budak Botak said...

patut bagi kena gigit ular ja nie...

farra8979 said...

alamak, gelinye... huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...