Monday, April 05, 2010

F1 : Podium 1-2 Red Bull



TUAH akhirnya memihak kepada Sebastian Vettel apabila pemandu Red Bull Racing itu berjaya mengecapi kejayaan sulungnya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini dengan menjuarai Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang semalam.

Selepas kecewa pada dua perlumbaan awal musim (GP Bahrain dan Australia) berikutan masalah teknikal, Vettel akhirnya mencatat kejayaan dinanti- nantikannya itu.

Sebaik sahaja memintas rakan sepasukannya, Mark Webber pada selekoh pertama se- awal pusingan pertama, pemandu muda kelahiran Jerman ini tidak lagi menoleh ke belakang.

Webber pula meneruskan penguasaan Red Bull di Litar Sepang dengan menamatkan saingan di tempat kedua, sekali gus menghadiahkan kejayaan 1-2 pertama buat Red Bull musim ini.

Lebih menarik, kejayaan 1-2 Red Bull itu juga bagai- kan amaran awal buat pasukan handalan lain seperti Ferrari, McLaren dan Mercedes GP.

"Terima kasih kepada seluruh kru pasukan ini kerana di atas usaha mereka, saya berjaya mengecapi kejayaan pertama di Malaysia," kata Vettel selepas mencatat 1 jam 33:48.412 saat dalam 56 pusingan semalam.

"Kami sememangnya tidak begitu panik apabila gagal dalam dua saingan awal kerana musim ini masih lagi panjang. Bagaimanapun, untuk menang di Malay- sia dalam cuaca yang panas dan mencabar ini, ia satu perasaan yang istimewa.



PEMANDU Red Bull, Webber (kiri) dan Vettel mencatat kemenangan 1-2 pada GP Malaysia di Litar sepang semalam.

"Mark pula berjaya menduduki tempat kedua dan ia satu bonus buat kami kerana ia memberi banyak mata kepada pasukan. Saya sangat gembira dengan kejayaan kami."

Webber pula berkata: "Walaupun gagal muncul juara tetapi kejayaan menduduki tempat kedua sudah dianggap baik. Kami telah membuktikan penguasaan Red Bull dalam sai- ngan musim ini.

"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Sebastian kerana berjaya muncul juara pada perlumbaan kali ini," kata Webber yang bermula di petak hadapan pada perlumbaan akhir semalam.

Pemandu Mercedes GP, Nico Rosberg yang bermula di petak kedua pula memenangi tempat ketiga selepas mencatat masa 1:34: 01.916s.

Tempat keempat dan kelima masing-masing milik pemandu Renault, Robert Kubica dan Ad- rian Sutil dari pasukan Force India yang berjaya mengatasi juara dunia 2008, Lewis Hamil- ton (McLaren) di tempat keenam.


source from kosmo.com.my

Saturday, April 03, 2010

Hujan itu adalah rahmat



HUJAN ITU ADALAH RAHMAT DARI ALLAH SWT

Bila langit mula mendung

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
* Ish!, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
* Alahai, hujan laaagiiii
* Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
* Susah nak buat apa2 kalau hujan
* Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So, musim hujan ni sama-sama la kita berdoa byk2...
moga-moga diberkati..amin..

p/s: souce from nazriahmad.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...