Tuesday, October 27, 2009

Pening- Pening









Salam..
kali ni aku ngh pening kepala memikirkan pasal FYP n research aku..
so, aku nk korang pon pening gak..
jom tgk gamba kt atas ni...
enjoy!!

Sunday, October 25, 2009

LG-GD900 Crystal Phone


Terkenal dengan rekaan penuh inovatif dan bergaya, LG Electronics sekali lagi merintis jalan dalam penghasilan telefon bimbit yang lari daripada kebiasaan. Ternyata aspek itulah yang sering membezakan LG daripada para pesaingnya.

Tampil dengan telefon bimbit skrin sentuh terbaru, LG-GD900 Crystal, ia cukup unik kerana disifatkan sebagai telefon bimbit lut sinar pertama di dunia. Merupakan telefon bimbit berbukaan gelongsor, LG-GD900 Crystal memiliki skrin lebar tiga inci.

Telefon LG-GD900 Crystal diperbuat daripada kaca yang amat kukuh. Walaupun ia kelihatan mudah pecah seperti kristal yang mahal, ia dibingkaikan dan diperkukuhkan oleh pita Liquidmetal yang amat kuat dan mampu menyerap hentakan dan getaran.

Menampilkan Crystal Touchpad gelongsor ke bawah yang lut sinar, ia bersinar lembut apabila diaktifkan. Crystal Touch Pad berfungsi sebagai pad kekunci abjad angka dan trackpad yang mampu mengecam tulisan tangan dan memberi respons kepada arahan sentuh. Itulah sistem yang dinamakan Gesture Command yang merupakan satu lagi ciri unik yang ada pada telefon bimbit itu. Ini kerana, ia didakwa sebagai telefon pertama menampilkan teknologi Gesture Command, teknologi sentuh generasi depan.


Ciri pengemudi mudah itu membolehkan capaian mudah kepada aplikasi dan pelbagai kerja. Contohnya, pengguna boleh mengaktifkan pemain MP3 ketika menaip e-mel dengan menulis simbol yang ditugasi terlebih dahulu secara mudah bagi memainkan MP3 di atas Crystal Touch Pad.

Digandingkan dengan Antara Muka Pengguna (UI) 3D S-Class inovatif dan dinamik dari LG, telefon ini turut direka bagi mempermudahkan penggunaan telefon.

Bersaiz sederhana, ia mempunyai dimensi 105mm × 52.8mm × 13.5mm dan mempunyai berat 120 gram.

Telefon LG-GD900 Crystal juga lengkap dengan ciri-ciri multimedia termaju lain. Ia dilengkapi kamera lapan megapiksel, WiFi dan HSDPA untuk akses web lebih pantas.

Kapasiti memorinya boleh diperluaskan sehingga 32 Gigabait. Ia dijual pada harga runcit RM1,999.

Telefon bimbit itu dilancarkan bersama rangkaian telefon bimbit skrin sentuh pintar dan bergaya dari LG yang lain iaitu LG-GM730 Smartphone dan LG-GC900 Viewty Smart.

Apa yang pasti, rangkaian terbaru telefon bimbit skrin sentuh dari LG itu memberi bayangan akan trend masa depan di pasaran komunikasi mudah alih, di mana telefon bimbit kian berlandaskan teknologi.



p/s: Grab from kosmo..

Saturday, October 24, 2009

Kurangkan Kelajuan Anda!!

Cara yang sgt berkesan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan di jalan raya..
cara ni da dipraktik kan di negara2 eropah..
bila agaknya Malaysia akn wat macam ni??
pk-pk kn dan selamat beramal..heheh




White Strawberry












Just nk kongsi gamba2 ni sume..hehehe

Harley Davidson

Salam...

Untuk post kali ni aku ada bnda nk dikongsi..
Just nk kongsi gamba harley davidson sikit jer..hehe

Kt bawah ni ad gamba yg sangat menarik perhatian aku..
even dorang ni org asli, dorang sgt-sgt kreatif..
Nice Bike!!hehe
Enjoy!!

Wednesday, October 21, 2009

MPV Perodua

Salam 1 Malaysia!


Untuk Post kali ni aku nk kongsi sikit pasal persaingan yang boleh dikatakan sihat la antara Proton dan Perodua.
Proton da keluarkan model Exora beberapa bulan yang lepas.
Memang mendapat sambutan yang agak menggalakan la...
Model MPV die pon lawa.
Tp kali ni aku nk kongsi plak pasal model MPV Perodua yg akan keluar maybe awl tahun depan..(aku pon xsure sgt bile tu..heheh)
kt sini aku tempek kn gambar2 model MPV perodua tu..
Name belum ada....Model die lebey kurang macam Myvi, cume body die dipanjang kn je..
Actually aku da lama da ag gamba ni, tp xberkesempatan nk post,
so, skng ni aku da berkesempatan,(padahal jp aku ad meeting..huhu, curik2 masa sikit) aku post la..
Jom usha2 gamba MPV Perodua ni..













Enjin MPV Perodua




Bahagian Dalam MPV


Tuesday, October 20, 2009

Back In Actions & RON95

Salam ...

dah sebulan aku x update blog ni..
so, skng ni aku da kembali..hehe..
First thing first, aku nk buang sawang2 dulu..cuci2 sikit..

pastu kt sini aku nk bagi info sedikit pasal minyak RON95..
Kt bawah ni adalah list of cars that will be enable to run on RON95 rated fuel.

Most Mercedes-Benz engines, except the high-performance ones in the AMG and SL/SLK models, are able to run on fuel with RON91 to RON95. However, for optimum performance, RON95 is recommended while use of RON92 will result in marginally reduced output


For the Cefiro 3.0, Murano, 350Z/370Z, RON97 is recommended for optimum performance. For older models such as the Sunny 130Y, Bluebird, Altima and AD Resort, RON95 can be used.


Volvo engines can use RON91 to 98 RON unleaded petrol. Volvo Car Malaysia says that for best performance and lowest fuel consumption, RON98 (or closest RON) is recommended. For normal driving, RON95 is acceptable and RON91 should only be used in cases where RON95 is unavailable. Knock sensors in the engines will adjust the engine timing to prevent damage with very low RON fuel.

Monday, October 19, 2009

Sedikit Tazkirah Selepas Syawal

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau...

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:


1. Selalunya
ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri
tersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?


2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum
solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak
mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya.
Islam itu
syumul (menyeluruh)
.


3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan
Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..
HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur
itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..


4.
Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu
..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..


5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg
tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham
sahaja..
pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri
...Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa
dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin".. (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan
kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di
sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna
ibu jari kaki mestilah
dilentikkan ketika sujud
barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat
ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..
Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah
..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya,
sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat
..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita
kena pandai menyusun keutamaan
..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu
utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11.
Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu
..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh...kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.. Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa..... Renung-renungkanlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...