Wednesday, December 30, 2009

Starting the New Semester

Salam...

Hari ni da masuk ari ke 3 aku kt usm..
memulakan semester baru ...
1st day kat usm for this sem mmg sgt penat dan meletehkn...
pening kepala pon ad..
1st day da kne panjat bukit untuk ke skul bahasa,
nk register english yg sudah diwajibkn kepada budak2 s.comp..
aku bgn awl..haha setelah sekian lama aku xbgn awl2 pg..
then trus g skul bahasa nek bas coz tayar moto aku pancit..
ntah xtaw bile mase pancit..
mase balik ke usm dr umah xde pe2 pon..
tup tup esok tu tgk tayar blakang moto aku da ranap..
sedey2...
so aku g skul bahasa ngn bas la..
aku n the geng g awl2 pg, kul 8 da tercegat kt situ..
fuh!! ramai giler org awl2 pagi macam ni...
then dgn tibe2...hehehe
kami telah diberi laluan oleh orang ramai untuk masuk ke dalam dulu...
bangga2...hahah...
sbbnye pihak skul bahasa nk settlekan english dlu..haha..
lepas settle hal kt skul bahasa..
kene g skul s.comp plak...
nk settle kn hal ngn puan azizah...
final year student kene print cangred mengikut type dan anta kt die..
then baru print slip pendaftaran...
aku, wan, faiz kne jump PA. tp PA da xde...da resign..
so kne beratur panjang kt depan bilik abdullah zawawi..
stgh jam lebeh gak ar kne tunggu..
then bile tyme ktorang jer die ckp "bukan saya yg kne sign ni, awk pegi la cari mana2 lectrer yg nk jd pak sanggup"...huhuh
sedey gile, lepas pujuk 2 3 kali pon die xnk..
then ktorang trus kua g cari lecterer mane2 yg nk jd pak sanggup..
cari punye cari, kami wat dcsion nk jumpa Dr. suhaimi...
die sanggup, so, dengan ini aku mengishtiharkan Dr. Suhaimi jd PA ktorang..haha
die relax jer.. best2...
lepas kne trun naek skul, the sudah settle sume tu,
hari yg sgt meleteykan....

ok la stakat ni..
aku kne kua dr lab..
cik yna, purplez, azue n azri da tggu aku..
nk g temankn dorang ...hehe...
ok la..naty aku update ag..
adioz......

salam...

Wednesday, December 23, 2009

Cuti-Cuti 1Malaysia


Salam..

Dah lama sangat aku tak btol2 update blog ni ...
Actually, sejak lepas wat praktikal aku da xde bende nk update blog ni..
mane taknye, aku sgt2 bz ngn keje2 project tuk FYP...
tambah plak ngn keje2 research aku yg sudah aku present di Eastin Hotel...
hidup aku da jd terbalik, malam berjaga, wat keje kt lab, siang plak balik tdo kt bilik...
da jadi macam kelawar plak..hahhaa..
pastu ngn subject yang kene aktif berforum plak untuk dptkn markah..
mmg sangat2 bz la...huhu
Okeh2...
Itu sume sem lepas yang da aku lalui..
Skg ni aku kne ready tuk sem depan plak yang boleh dikatakan agak tough la..(kot)
sem depan start pada 28 Disember ni..dan aku kne la balik 27 Disember ni..
ada member2 aku yang da balik awl.. dorang mmg rajin giler..(xtaw la sbb ape..haha)...
maybe sbb stay kt umah xtaw nk wat ape kot mase cuti panjang ni (1 bulan jer pon)..
tp aku plak lain citer..
mule cuti sem aritu aku da kne balik umah awl,
plan nk balik ngn raiza tomato, tp die gtaw plak yang die xjd balik aritu coz presentation tunda..
So, aku pon balik la sorang-sorang naik motor dr usm,
nasib aku mmg baik, xhujan langsung mase aku balik tu..(hujan rintik 2-3 minit ad la)..
padahal sehari sblum tu hujan lebat..huhuh..
sampai jer umah da tghari..
esok tu plak aku kne g kuala selangor,
then lusa aku kne g pahang,
then kelantan coz aku temankn abg aku anta kak ipar aku kursus kt maktab kt sana..
2 hari lepas tu plak, aku balik pahang,
amik kete kak ipar aku bawak balik kuala selangor..
then 2 hari lepas tu balik kedah tuk raya haji..
lebey kurang smggu lebih plak aku kne g kelantan...jumpa kak ipar aku kt sana..
aku g 1 family coz saje nk bawak anak buah aku jump ma die...hohoh
sehari lepas g kelantan, aku g terengganu ngn abang aku..
then balik kelantan balik...pastu balik kedah esok nye..
then smggu pastu kne g sg. petani, cousin kawen..tp xpela, dekat jer pon..
weekend ni plak aku kne g kuala selangor plak..
1 family, nk anta adik aku g temankn kak ipar aku yg baru pindah kt kuala lipis, pahang...
xtaw la die kne tggl kt sana bape lame.. kne jadi baby sitter...hahaha..
lepas balik dr kuala selangor tu, esoknye da kne balik USM...
sem baru da nk start..
huh!!.. mmg bz gak ar cuti ni, tp ttp enjoy..haha
cuti sem kali ni mmg aku btol2 cuti-cuti 1malaysia lah(except sabah n sarawak..hehe)..
padan muka aku..haha..
selama ni bile tiap kali cuti komplen sgt xde g memane..
skang da rasa, kene pusing semenanjung..haha..

ok la tuk post kali ni..
kalu aku rajin.. aku post ag..hahha....

Monday, December 14, 2009

Trulli sertai Lotus F1

MADRID - Jarno Trulli akan menggalas cabaran pasukan Lotus dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim depan.

Seorang jurucakap Trulli berkata, pemandu berusia 35 tahun itu telah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan syarat dilepas- kan bercuti pada penghujung musim.

Jurucakap tersebut tidak mahu dikenali kerana keputusan mengenainya akan diumumkan hari ini.

Trulli juga dikatakan tidak membalas e-mel yang dihantar kepadanya untuk meminta komen mengenai perjanjian itu.

Bekas pemandu Jordan dan Renault itu telah beraksi dalam 216 perlumbaan F1 sejak kemunculannya dengan pasukan Minardi pada 1997.

Dia mencatat kejayaan sulung dalam kariernya pada Grand Prix Kanada 2004.

Lotus akan kembali ke F1 tahun depan selepas penampilan terakhir pada tahun 1994. Kali ini mereka akan membawa nama Malaysia.

Musim lalu, Trulli telah menaiki podium sebanyak tiga kali dan menamatkan saingan di tempat kelapan bagi kate- gori pemandu. - AP

Mengatasi Bau Badan

TANPA berselindung, ramai daripada kita perlu mengakui kebenaran di sebalik bau badan yang mengganggu 'ketenteraman' orang yang berada berhampiran kita. Dengan cuaca yang tidak menentu dan tekanan kerja yang menimbun, ada dalam kalangan kita yang lebih tertekan kerana menghadapi masalah bau badan yang teruk.

Adakalanya masalah peribadi itu menggugat keyakinan diri individu yang terlibat terutama jika kerjaya memerlukan mereka kerap bertemu dengan orang ramai. Hubungan sosial juga sedikit sebanyak terjejas sekali gus memberi kesan buruk pada persembahan kerja.

Tidak lama dahulu, masalah bau badan pernah dikatakan menjadi punca keretakan hubungan suami isteri dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Berikutan itu, ramai yang mengambil jalan mudah untuk mengatasi masalah itu dengan membeli dan memakai deodaran. Tidak kira jenama, harga dan bahan yang digunakan, asalkan bau badan dapat dihilangkan dalam sekelip mata, ia sudah memadai.

Namun begitu, tidakkah anda sedar bahawa itu bukan jawapannya dalam jangka masa panjang. Anda sebenarnya hanya mengawal atau menutup masalah itu untuk seketika sahaja sebelum bau badan yang teruk itu muncul semula dalam masa beberapa jam atau keesokan hari. Tabiat mandi setiap tiga jam sekali pun tidak banyak membantu dan tidak praktikal untuk diamalkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Sebaliknya, anda perlu memahami sebab mengapa ia berlaku dan apakah cara untuk menanganinya tanpa perlu berbelanja besar.

Bau badan terutama dari bahagian ketiak dan tapak kaki berlaku disebabkan proses metabolisme bakteria iaitu corynebacteria atau micrococci. Dalam proses tersebut, bakteria itu akan memecahkan bahan-bahan organik yang terkandung di dalam kulit. Hasilnya, ada yang bertukar menjadi peluh dan terlekat pada baju atau kasut.

Biasanya, bakteria itu akan merebak dengan cepat di kawasan yang lembap. Ini sekali lagi menjawab kemusykilan mengapa ia kerap hadir di bahagian bawah tangan, tapak tangan, lipatan di bahagian belakang lutut dan tapak kaki.

Jika bertanya tentang puncanya pula, ada pelbagai teori dan tanggapan yang dikemukakan. Semuanya mungkin sahih cuma sama ada ia menjadi penyumbang utama atau sekunder.

Sekiranya anda mengalami sebarang penyakit yang berbahaya atau berlanjutan untuk tempoh masa yang lama seperti sembelit, faktor itu boleh menggalakkan pengeluaran bau badan yang kurang menyenangkan.

Di samping itu, sesetengah makanan dan minuman juga mungkin tidak bersesuaian dengan diet kita. Sukar dikatakan yang mana satu tepat kerana ia berbalik semula kepada latar belakang kesihatan keluarga, tahap imunisasi badan, alergi dan lain-lain.

Sekali lagi, seperti yang disebutkan tadi, tekanan kerja di rumah, pejabat dan di mana-mana sahaja turut boleh menyumbang kepada masalah ini. Golongan wanita juga mula merasai masalah itu semasa melalui proses menopaus.

Sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia untuk mengatasinya, apa kata kita mencuba beberapa langkah semudah 1,2,3 yang boleh diamalkan di rumah. Tip ini bergantung kepada bahan-bahan semula jadi agar tidak merosakkan sistem badan dan pada masa yang sama, selamat tanpa kesan sampingan.


Cara Mengatasi Bau Badan

1 Makan 500 miligram rumput gandum dalam keadaan perut kosong dengan segelas air. Kandungan bahan klorofil membantu mengurangkan bau badan sekali gus bertindak sebagai rawatan semula jadi.

2 Sapukan sodium bikarbonat di bahagian ketiak dan tapak kaki kerana ia turut mempunyai keberkesanan tertentu.

3 Gunakan alkohol (bagi individu yang bukan beragama Islam) atau cuka putih untuk mencuci bahagian ketiak.

4 Masukkan beberapa titisan air mawar ke dalam bekas air mandi. Anda tidak perlu menggunakan deodoran selepas mandi.

5 Kisar buah tomato segar dengan daun teh sage. Sapukan dan biarkan bahan itu di bahagian ketiak selama 10 minit sebelum mandi.

6 Perahkan dua dozen jus lobak putih yang dicampur dengan ¼ sudu gliserin. Masukkan cecair itu ke dalam botol penyembur untuk dijadikan deodoran harian. Jus lobak itu boleh menghilangkan bau badan sehingga 10 jam.

7 Campurkan sedikit sodium bikarbonat dengan jus lemon dan sapukan terus di bahagian bawah tangan atau ketiak.

8 Minyak pohon teh adalah bahan antibakteria yang sangat berkesan. Campurkan dua titisan minyak esen itu ke dalam 0.02 liter air.

9 Dalam bekas berisi 30 milimeter air, masukkan 10 titisan minyak esen. Ia kemudian boleh disapu di bahagian ketiak.

10 Basahkan kapas dengan cuka putih dan lap ketiak. Ia boleh menghilangkan bau badan terutama di bahagian ketiak dalam masa beberapa minit.

11 Minum segelas teh sage setiap hari dan ia akan mengurangkan aktiviti pengeluaran peluh yang berlebihan daripada semua bahagian badan.

12 Salah satu cadangan lain yang mungkin boleh diamalkan ialah mandi dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari.


Selamat Beramal...

Grab from somewhere

Wednesday, December 09, 2009

Budaya Nasihat ...


DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.


P/s: Jangan kita menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturrahim.

Renung-Renungkan, Selamat Beramal..

Credit to kosmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...