Friday, January 15, 2010

LG Chocolate BL40s


MENAWARKAN pengalaman komunikasi mobiliti terbaik, pengeluar produk teknologi terkenal, LG Electronics baru-baru ini memperkenalkan telefon bimbit terbaru model LG BL40.

Dikenali sebagi LG Chocolate, pelancaran model keempat bagi siri Black Label LG itu memberi fokus kepada fungsi keluasan skrin bagi kepuasan paparan yang maksimum.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics Mobile Communications, Dr. Skott Ahn, pihaknya sentiasa menampilkan kelainan pada setiap model telefon bimbitnya.

''Kami berharap model ini akan memberi kepuasan dan pengalaman terbaik bagi pengguna di seluruh dunia,'' jelasnya.

Rekaan LG BL40 disempurnakan dengan paparan skrin sentuh bersaiz empat inci selain mempunyai fungsi definisi tinggi untuk aktiviti pelayaran laman web, memeriksa emel dan menonton video terbaik

Menerusi nisbah keluasan skrin 21:9 pula, aktiviti pelayaran kini tidak lagi memerlukan fungsi gelongsor untuk paparan keseluruhan laman web.

Fungsi sentuhannya turut dipertingkatkan menerusi teknologi antara muka S-Class termaju yang menawarkan respons intuitif, paparan grafik tiga dimensi (3D) dan akses mudah.

Fungsi lain yang ditawarkan adalah seperti sambungan capaian Internet 7.2 HSDPA, aplikasi salin dan tampal serta kawalan permainan video realistik.

Dari segi rekaan luarannya, ia didatangkan dalam bentuk yang nipis dengan kemasan tampak mewah dan elegan.

Maklumat dan spesifikasi lengkap model LG BL40 ini, korang boleh peroleh daripada laman web LG electronics: www.lge.com.


p/s : info from somewhere..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...