Saturday, April 24, 2010

Kenapa manusia perlu berubah?



"Pengalaman adalah guru yang kejam sebab ia menguji terdahulu, kemudian baru ia memberi pengajaran"
- Vernon sanders Law
(pemain besball terkenal)


Kepada semua orang, masa yang paling indah adalah ketika zaman remaja, kisah suka atau duka, semua saat itu diiringi pelbagai kenangan yang sukar dilupakan. Sesiapa pun tidak dapat menafikan hakikat tersebut.

Zaman remaja menjadi satu fasa hidup yang paling mencabar, remaja yang tersalah memilih hidup dan terlalu alpa atau leka mengejar keseronokan hidup mungkin berhadapan dengan masalah dan keburukan. Di Malaysia, ramai yang sudah maklum tentang isu remaja hari ini seperti ponteng sekolah, mencuri, gagal dalam peperiksaan, lari dari rumah, sehingga membunuh termasuklah isu yang agak hangat diperkatakan sekarang, rempit.

Seharusnya kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang terjadi dalam hidup atau apa yang terjadi disekeliling kita. Paling penting adalah kesediaan diri untuk berubah untuk masa depan yang lebih cerah.

Untuk post kali ini, aku menyenaraikan beberapa tips yang boleh membantu kita untuk melakukan anjakan paradigma dalam diri.


1. Niat
Bak kata member aku "Niat itu penting! apa-apa pun, yang penting niat!"
Tidak kira apa jua kita lakukan, niat adalah perkara utama. Ketika solat pun perlu dimulakan dengan niat. Ia juga boleh dikatakan azam dalam diri seseorang dan tanpanya kita akan hilang arah tujuan. percayalah bahawa niat yang baik akan sentiasa mendapat pertolongan daripada Yang Maha Kuasa.


2. Kenali diri sendiri
Kita harus mengetahui potensi kita sendiri. Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui apakah kelebihan yang kita miliki dan dalam masa yang sama masih mencari identiti (kalau pandai mengumpat ke mengata ke atau memiliki sesuatu yang lain dari orang lain, itu bukanlah kelebihan yang posotif yer). Ia merupakan masalah yang biasa yang dihadapi fasa perkembangan manusia (manusia sahaja ok? bukan binatang ke apa ke, tak termasuk, harap maklum). Jadi kita perlu senaraikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada kita dan lebihkan muhasabah diri. Anda pasti akan mengetahui potensi diri sendiri.


3. Tetapkan matlamat
Dalam meletakkan sesuatu matlamat atau impian, pastikan ia realistik agar mudah dicapai. Janganlah kita menetapkan sesuatu yang sukar seperti ada seorang rakan aku, dia ingin mempunyai kereta prototype BMW yang tak tentu dikeluarkan atau tidak..hehehe). Penetapan Matlamat yang tidak relevan dan sukar hanya akan menjadikan diri anda terbeban seterusnya berdepan dengak konflik yang tidak sudah. Untuk sesetengah orang, mereka perlu menyediakan diari matlamat dengan menulis deskripsi matlamat mereka, rancangan tindakan yang sesuai dan bila mahukan ia tercapai. Semua bergantung kepada setiap individu, lain orang, lain cara.


4. Buang persepsi yang salah atau berfikiran negatif
Sentiasa anggap sesuatu yang telah dialami mempunyai maksud dan hikmah tersendiri. Jangan berfikaran sempit dan menyalahkan takdir atas setiap peristiwa yang telah kita harungi. Ini akan menjadikan kita seorang yang berfikir dan secara tidak langsung memberi kita motivasi untuk terus maju.


5. Hentikan perkataan negatif
Orang yang hebat adalah orang yang menilai sesuatu perkara sebelum berkata. Orang hebat juga tidak pernah berkata "Tidak". Ini kerana setiap perkataan itu menjadi tenaga dan motivasi kepada diri sendiri. Maka, berfikirlah dengan matang dan positif. Kita juga perlu melatih diri kita untuk menggunakan perkataan yang mampu membangkitkan aura dalaman kita.


6. Pedulikan apa kata orang
Kata-kata seorang member aku; "Ada aku kesah?".
Untuk berubah, pasti banyak dugaannya. Hidup tanpa cabaran bukanlah kehidupan namanya. Sentiasa ingat bahawa bukan orang lain yang mengubah nasib kita tapi diri kita sendiri. Orang akan berkata apa sahaja jika kita ingin berjaya, namun tetapkan jati diri kita untuk terus mencapai kejayaan.


7. Membaca kisah orang yang berjaya
Dengan menjadikan buku sebagai rakan karib, ia bukan sahaja menambah intelektual, malah meningkatkan daya imaginasi kita. Namun, harus dipastikan apa sahaja buku yang kita baca melalui tapisan akal fikiran bagi menjana pengetahuan dan bukannya input yang membuatkan kita terus leka. Dekatilah tokoh-tokoh yang berjaya dan cuba hadiri ceramah motivasi bagi meningkatkan keinginan untuk berjaya (pastikan bukan ceramah politik yer, kalau tidak lingkup jer matlamat kita..heheh). Jika malas sekalipun, jadikan model buku yang kita baca itu sebagai pendorong kita seperti A Tribute To Dr. Mahathir Mohamad. Tapi ingat, ambil yang positif sahaja dan realistik dengan kehidupan kita.


Jadi, harap entri ini dapat memberi sedikit input kepada kita semua..Marilah kita sama-sam berubah kearah kebaikan , untuk masa depan yang cerah...opp!! terskema sudah...heheheh



8 comments:

Jun said...

kenapa aku tak perlukan peruahan?
sebab aku sudah cukup sempurna..ahahah..

Jun said...

*perubahan

WeEn said...

jom berubah...
jgn ade yg emo2 dah...
hahahha
susah kalau emo2 ni...

Ezal R said...

optimus prime :"Autobots! Transforms!!"...
sedangkan robot berubah, apatah lagi manusia..hahah

lya,
tiada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW..

kita berubah ke arah yang lebih baik la.. adehh

forevershashasha said...

bertukar...
henshin kage no bunshin...
hahaha

Ezal R said...

akuKah,
sungguh hebat kamu yer..
boleh bertukar sebegitu rupa...
jom tepuk ramai2...hehehe
hampeh tol, bley ke wat camtu? ni mesti terpengaruh ngn komik ni (monolog dalaman)

fzikuz said...

good topic! ^^

Anonymous said...

Kenapa ubah ayat yg salah tadi. Kamu kan sudah sempurna? tidak perlu betulkan...sempurna tapi tulis pun salah.

cakap besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...