Sunday, September 05, 2010

Aidilfitri Ads 2010 By TV3 / Iklan Raya 2010 oleh TV3

Setiap tahun kita mesti akan tertunggu-tunggu iklan-iklan raya kt tv kan? Mana tidaknya, iklan-iklan tu membawa makna yang cukup mendalam dan kadang-kadang dapat memberi keinsafan kepada penonton, tak kiralah umtuk perayaan apa sekali pun, Aidilfitri ke, Tahun Baru Cina ke atau Krismas.

Selalunya iklan oleh Petronas sangat mendapat perhatian kerana memberi kesedaran kepada penonton serta sangat menarik apabila disampaikan, tetapi untuk tahun ini, TV3 telah menyiarkan iklannya yang boleh dikira sangat kontroversi.

Apakah yang cuba disampaikan TV3 ? Nak masukan nilai 1Malaysia ke? Tp sesuai ke? Bab agama dan kaum adalah perkara yang berbeza... Renungkan lah.

Kat bawah ni iklan TV3 tersebut.





Scene 1 -
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

  • Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
  • Buku - Bible
  • Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
  • Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
  • Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
  • Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
  • Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 -
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

  • Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
  • Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
  • Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
  • North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 -
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

  • Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
  • Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
  • Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
  • Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

Scene 5 -
Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

  • Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
  • Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
  • Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 -
Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

  • Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 -
Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

  • Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 -
Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

  • Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
  • Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 -
Beca terbang merentasi sebuah pulau.

  • Pulau - Singapore lah.

Scene 10 -
Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

  • Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
  • Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 -
Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

  • Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
  • Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

p/s : kat bawah ni ada beberapa komen yang ditujukan kepada iklan tv3 ini dari tiub awak (baca youtube).

PutraUiTM - Memohon agar iklan tersebut di tarik keluar atau digantikan dengan iklan lain, sementara masa masih ada. Mesej yg saya nampak pada iklan tahun ni jauh menyimpang dari mesej asal. Mengandungi unsur Xmas (kereta luncur) dan Tahun Baru Cina (bungan Lotus). Mungkin pendudk Melayu tidak kisah jika perayan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini disambut serentak dengan Krismas or CNY ..... tp memang tidak pun . Sekira berlaku serentak, kita mungkin boleh terima.

ibnunarsim - TV3, tolong jangan samakan Islam dengan agama lain. TV3 cuba bawa mesej 1Malaysia dalam iklan raya ni, tapi sebenarnya agama tidak boleh 'di1Malaysiakan'. Siapa pengarah iklan ni? Muslim atau kafir? Mesej yang nak disampaikan adalah bagus iaitu 'satupadu' tapi tidak kene pada tempatnya. Islam itu sangat suci, jangan samakan dengan agama lain. TV3 tolong batalkan iklan ni, jaga reputasi anda, contohi iklan raya Petronas..


info - copy from http://www.facebook.com/note.php?note_id=157354100942520

Wallahualam...

2 comments:

M.Rohaizad.M.Rejab said...

Kerana politik agama di persendakan??

Ezal R said...

Semua sebab duet...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...