Wednesday, September 29, 2010

Harap Korang Bahagia

Aku tak tahu la samada semua dah tahu ke belum pasal perkara ni. Tapi aku rasa perkara ni sangat-sangat memberi impact yang cukup mendalam kepada saudara-saudara kita di pantai timur. Tapi saja aku nak mention kn kt sini.. berita gembira, mesti kena share kn? walaupun aku bukan orang sana, tapi aku tumpang gembira..

Kepada rakan-rakan serta taulan aku yang berada di negeri Penyu aka Terengganu, aku ucapkan tahniah dan semoga korang semua gembira dengan khabar berita ini. Terengganu dah ada pawagam!!! mesti korang dah tak perlu nk susah payah pergi tempat lain semata-mata nk tengok filem..berita ini aku amik dari kosmo hari ni.. kredit kepada kosmo online.

baca kt bawah ni..

--------------------------------------------------------------------------------

Panggung pertama di Terengganu


SELEPAS sekian lama Terengganu sepi tanpa sebuah pawagam, TGV Mesra Mall dibuka atas permintaan ramai.


JIKA sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.

Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.

"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.


FILEM-FILEM terbaru yang ditayangkan di TGV Mesra Mall.


Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda.

"Wajah baru ini diperkenalkan pertama kali sempena pembukaan multipleks Wangsa Walk April lalu yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Reka bentuk yang menitikberatkan keselesaan penonton dan memperlihatkan persekitaran berasaskan gaya hidup serta ruang menunggu yang lapang akan membuatkan penonton berasa santai sementara menunggu tayangan filem bermula," katanya.

Mesra OKU

Tambahnya, tempat duduk dalam pawagam memberikan ruang antara tempat duduk yang lebih lebar dan ruang letak kaki yang lebih panjang untuk menjamin keselesaan pengunjung.

Ujarnya, multipleks itu juga menitikberatkan golongan kurang upaya (OKU) dengan menyediakan keperluan tandas yang direka bentuk khas untuk mereka termasuk laluan bagi kerusi roda dari foyer ke pawagam.

"Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.


Mesra Mall di Kemaman menjadi lokasi panggung wayang pertama di Terengganu.


Sebagai menghargai sokongan penonton di Terengganu, sempena pembukaan TGV Mesra Mall baru-baru ini, TGV memberikan ganjaran tiket percuma untuk dua sesi pertama tayangan pada hari pembukaan. Sebanyak 1,000 tiket habis diberikan kepada pengunjung pada 25 September lalu.

Selain itu, mereka yang membeli set kombo pula mendapat minuman Coca-cola atau F&N Seasons Soya dalam tin secara percuma.

TGV Cinemas adalah pemilik dan pengendali pawagam multipleks terulung di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Setakat ini TGV sudah mempunyai 15 multipleks dengan 114 skrin dan hampir 23,000 tempat duduk.


happy ending..hehe


3 comments:

Jun said...

haha. Ceh.
Mula2,aku bca yg atas 2, mati2 aku ingatkan ang doakan kebahagian piah-bkn-nama-sbnr dgn bdk ganu 2.. Dah kapel ka depa?

Skali pasai wayang.haish. Berwayang2 ngan aku sunguh.

Nizam Zahri said...

aku pon pk ko doakan kebahagian aku ke... hahahaha

Ezal R said...

haha... sape yg rasa aku doakan kebahagian korang..ok lah tu..
aku dpt pahala kn..
amin!!..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...