Friday, October 29, 2010

10 Perkara Tentang Seorang Blogger


Blogger...Blogger... Apa dan siapakah itu Blogger?

Kalau ditanya sesiapa pun mesti akan tahu apa dan siapa itu blogger. Di Malaysia, menjadi blogger telah menjadi salah satu cara untuk sesiapa yang suka bercerita, berkongsi, meluahkan pendapat dan dalam ayat yang cukup mudah menulis. Bukan menulis menggunakan pen dan kertas atau typewritter, tapi sekarang ini lebih menggunakan teknologi semasa yang semakin lama, semakin maju dan pantas.

Ada juga sesetengah orang yang menggunakan blog ini sebagai kerja tetap dan ada juga sebagai kerja sambilan dan ada juga yang suka-suka. Tapi, tahukah korang, apakah yang sebenarnya seorang blogger ini buat?

Disini aku letakkan kata-kata salah seorang blogger aku yang berjaya temui ketika aku blogwalking.

Adakah blogger ini menulis hanya sekadar untuk mencari publisiti murahan atau mengejar glamour?

Bagi aku seorang blogger yang bagus dan cool, publisiti murahan atau mengejar glamour bukannlah sebagai tujuan utama mereka menulis. Tetapi kebanyakkan mereka menulis atas dasar minat yang mendalam dan bersedia untuk berkongsi maklumat yang berguna kepada para pengunjung blog mereka.

Terlalu banyak perkara yang sukar atau tidak diketahui oleh orang ramai tentang seorang blogger. Oleh itu, disini aku senaraikan 10 perkara yang perlu diketahui tentang seorang blogger.

1) Blogger selalu berlawan dengan masa. Masa memang mencemburui seorang blogger. Lebih-lebih lagi jika blogger itu telah mempunyai kerja yang tetap dan sudah pun berkeluarga. Ini kerana, kebiasaannya blogger mengambil sedikit masa untuk menulis sesuatu entri. Ini termasuk juga bloger yang bergelar seorang pelajar kerana mereka perlu menghadiri kelas, menyiapkan assignment atau sebagainya.

2) Bukan semua blog berorientasikan wang. Terdapat juga blogger yang menulis sesuatu entri semata-mata kerana mempunyai minat yang mendalam dan setiap entri yang disiarkan olehnya tetap mendapat perhatian pengunjung tidak mengira waktu dan siapa. Beliau tidak mengharapkan wang dengan hasil entri yang disiarkan.

3) Perkara yang paling membuatkan seorang blogger naik hangin, bengang, menyumpah-nyumpah adalah bila internet lembap lebih dari siput babi (hahaha...). Inilah masanya untuk menguji kesabaran para blogger. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berinteraksi dengan pengiklan. Memang perlu banyak bersabar. Dugaan tu...heee

4) Bagi blogger yang sudah berkahwin, dugaan yang paling hebat adalah memberikan kefahaman yang betul kepada isteri dan juga anak-anak. Jika isteri atau suami tidak memahami jiwa seorang blogger, ianya boleh menjurus kepada salah anggap dan menjejaskan hubungan suami isteri serta keluarga. Tidak terkecuali juga kepada blogger yang mempunyai pasangan sendiri. Ini perlu dijelaskan dengan sebaik mugkin.

5) Blogger yang kental sentiasa berusaha untuk mendapatkan rentak penulisan yang konsisten. Mengekalkan konsistensi bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak ramai yang mampu mengekalkannya kerana kekurangan idea atau masa. Terlalu ramai orang tidak tahu tentang ini.

6) Blogger juga memerah keringat dan berusaha untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti. Walaupun entrinya pendek tetapi cukup untuk menyampaikan apa yang tersirat malah juga apa yang tersirat kepada para pembaca atau pengikut.

7) Sentiasa memantau (moniterize blog). Ini termasuklah, memerhati dari mana sumber traffik yang datang. Ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk memajukan blog pada masa hadapan. Setiap hari blogger akan melihat jumlah statistik untuk blog mereka, ini perkara yang di lakukan bila membuka sahaja laptop /PC dan akses kepada talian Internet.

8) Blogger akan berasa kecewa jika entri yang ditulis tidak berjaya mendapat perhatian yang tinggi dari pengunjung. Ini memang pasti! Tetapi sebaliknya jika entri yang di tulis mendapat perhatian yang tinggi. Aku sangat pasti ketika ini blogger akan berasa bangga dan mengembang saja. Lebih-lebih lagi kalau entrinya mendapat komen yang banyak. Tidak kira komen yang positif atau negatif, janji komen.

9) Blogger akan tersenyum sampai ke telinga jika setiap hari ada pengunjung baru menerjah masuk ke blog. Lebih manis lagi jika mereka terus melekat di blog dengan menjadi pengikut atau follower dan sering menantikan info-info atau entri terbaru daripada blogger. Jika blogger itu seorang blogger yang menjana wang dari blog, memang akan bergembira sakan jika setiap hari terdapat wang masuk ke akaun yang terhasil dari blog miliknya.

10) Yang terakhir sekali, blogger akan lebih rasa dihargai jika sesuatu entri yang ditulisnya dipuji, dihargai sehingga dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian oleh pengunjung. Walau ROCK macam mana pun seorang blogger itu, hati mereka tetap akan touching dan tersenyum puas jika entri yang di tulis itu dihargai oleh pengunjungnya.


Okay!! selesai sudah 10 perkara tentang seorang blogger. Macamana? Sudah tahukan kenapa blogger suka ber'blog'? Indah tak kehidupan sebagai seorang blogger? Cool... kan? Korang berminat? join lah sekarang..hehe

p/s: terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...sama-sama berkongsi..MySpace

7 comments:

Azman Roslan said...

entri yang bagus, heheh..

eiela said...

yes,,saya setuju dengan semua kenyataan di atas..thanks for sharing..

Ken Wooi said...

blogging is fun :)

Ezal R said...

Sama-sama berkongsi kn..hehe
Bloggers rock!!

Rina Rossoneri said...

blogging is a freedom..

Chempaka said...

erm... tp ada gak blogger yg x kisah kalau penulisan dia x ada pengunjung.. seolah2, dia menuli diari utk diri dia sndri je.. kepuasan hy bile dia mmbaca smule entri dia.. pandangan peribadi nih... ^^,

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

ada yg berblog , tpi x nk bgi org msuk msuk blog dia , sbb diorang jdi kn blog diorang tmpt luah perasaan , mcm member saya :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...