Thursday, October 14, 2010

Inspira pengganti Waja


Model terbaru Proton akan diumumkan pada 15 atau 16 Oktober nanti. Model ini dengarnya diberi nama Inspira, Proton Inspira. Nama yang cantik dan begitu mempunyai maksud tersendiri.Model ini adalah model gantian kepada model Proton Waja yang akan diberhentikan keluarannya kelak dan ia adalah direka bentuk hasil daripada kerjasama antara Proton dan juga Mitsubishi yang berdasarkan kepada model Mitsubishi Lancer.

Kendalian dan sistem suspension model baru ini telah dipertingkatkan oleh proton dan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' adalah ciri-ciri yang disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.


Daripada beberapa info yang aku dapat, Proton Inspira akan dikeluarkan dalam 3 versi iaitu 1.8 MT, 1.8 CVT Auto dan 2.0 CVT Premium. Kereta baru, mestilah korang nk tahu pasal harga kan?...
Okay, ini adalah harga secara kasar untuk Proton Inspira
  • 1.8 MT - RM79,000 ++
  • 1.8 CVT Auto - RM87,000 ++
  • 2.0 CVT Premium - RM94,000 ++
Model baru ni nampak lebih sporty dan sesuai kepada semua. Nice one!!! Kepada pemilik waja, korang mesti berbulu punya lah tengok model ni lalu sebelah waja korang nanti...haha lebih kacak dan bergaya...

Kepada sesiapa yang berminat tu, boleh la buat tempahan sekarang di kedai pengedar Proton berdekatan..bayar muka hanya RM 1000 kalau tak silap..

p/s : Sama-samalah menyokong keluaran tempatan..keluaran tempatan mempunyai taraf yang sama dengan yang diimport. Jangan mengagung-agungkan barangan import..

p/s : Jangan hanya tahu kritik dan melemparkan tuduhan je.. bantulah ekonomi negara..


6 comments:

Ryoki said...

sy tkske kete mesia, tp klo mak saya nk bg kete tu naty, sy trima jer (skali mak aku tk jd bg.. hancur hrpn ak!!!)

M.Rohaizad.M.Rejab said...

attitude orang malaysia yang sentiasa mengagungkan budaya dan barangan luar. Tidak mempunyai jati diri

Ezal R said...

contoh paling jelas rakyat malaysia yg tidak mempunyai semangat nasional...

come on la... apa yang bagus sgt kalau pakai kete lua? setakat nk bergaya? malaysia pun ada..kualiti? malaysia pun bagus...apa lagi yg tak cukup? malaysia ada kereta sndiri..
bantu ekonomi negara sendiri la dude!

kalau bukan rakyat malaysia sendiri yg nk tlg bangaunkan malaysia. sape lagi?

p/s : no heart feeling k..

Rohaizad,
xmo tukar kereta ke? hahaha

Ryoki said...

xmo2... cakap la pa pon.. xmo gak.. wakakakaka..... saya sokong bola sepak mesia jerk.. keta mesia sy tk sokong.. hahaha.... owh.. sy jugak tk ske barangan buatan mesia.. suma saya ske brgn luar.. baju pon nk brand luar.. besa la.. klo stu tk ske, takkan nk ske sume kot.. plus, tak guna gak kn klo saya sokong kete mesia tp barang laen import mari.. alang2 nk sokong luar, bek sokong abes-abesan... head to toe, in and out.. just my 2 cent... (pasni sure r aku kn kick dr mesia.. hahaha...)

Ryoki said...

eh.. tetiba terbenci bola sepak... so, tk sokong dh la mesia pya bola.. sorry...

Ezal R said...

sejak bila minat bola ni?
eyh2..sejak bila minat sukan?
bwahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...