Saturday, October 30, 2010

Jom Mencerap Anak Bulan Zulhijjah


Seperti yang semua ketahui, dalam masa lebih kurang 16 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Haji/ Korban atau Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidilahda ini akan disambut pada hari ke 10 Zulhijjah pada setiap tahun.

Hari Raya Aidiladha / Korban ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

Untuk pengetahuan semua, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan Zulhijjah ialah pada 6 November 2010, bersamaan 29 Zulkaedah setelah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Seperti tahun-tahun yang lepas, Hari Raya Aidiladha pada tahun ini juga akan ditetapkan secara rukyah dan hisab.


Terdapat 30 lokasi diseluruh negara telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah. Lokasi-lokasi itu ialah :

1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Pengumuman pengisytiharan tentang tarikh Hari Raya Aidiladha akan dibuat pada malam itu juga oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi radio dan TV.

Jadi, marilah kita sama-sama menantikan pengumuman itu dan jika ada yang berkesempatan, boleh lah juga ke tempat-tempat diatas untuk bersama-sama mencerap anak bulan Zulhijjah..

Semoga kita dapat sama-sama menghayati erti sebenar Hari Raya Korban ini.
Insyaallah..

p/s: Entri ini tidak berkaitan dengan orang yang bernama Cerap, harap maklum.. =)

2 comments:

+ cik nieza + said...

samat ari rayer ye!!hee~
teradvance siket wat ucapannye~haha

Ezal R said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...