Tuesday, October 05, 2010

Kebaikan Merokok


Hari ini bila aku bangun pagi je terus bukak laptop dan bukak kosmo online. Mata aku dengan pantas ternampak sesuatu yang aku rasa sangat baik. Harga rokok naik!!.. haaaa, Lepas ni kepada sesiapa yang merokok tu henti-hentilah merokok, korang sendiri dah tahukan merokok tu membahayakan, kenapa la korang nak membunuh diri macam tu? even nak bunuh diri pun, korang tak perlulah nk bunuh orang lain gak, risiko asap rokok yang korang duk bangga-bangga sedut hembus tu kepada orang sekeliling tu lebih bahaya lah..

Sedarlah, dulu kalau korang bagi RM10 untuk beli rokok sekotak ada balance kan? boleh jugak beli gula-gula ke apa ke kan? sekarang? bagi RM10, dah tak ada balance.., berhenti la dari hisap rokok tu.. bagi aku, tindakan kerajaan naikkan harga rokok hampir setiap tahun ni memang betol la.. tapi tak tahu la perokok sedar atau tidak, semua itu cuma nak hentikan perokok terus menjadi perokok.. sampai bila nk merokok? sampai mati ke? Majlis Fatwa Kebangsaan pun da keluarkan fatwa merokok itu haram,da berkurun da pun fatwa tu.. Yang Islam tu, takkan nk terus buat benda haram kan?

Kepada semua perokok, aku nak pesan sikit, Berhentilah merokok!!

Kt bawah ni petikan dari kosmo online

Harga rokok naik 63 sen

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di sini semalam.

Kenyataan itu mengesahkan laporan sebelum ini tentang kenaikan cukai itu. Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Kenyataan yang sama berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja.

p/s: sampai bila aku nk kena hidu bau asap rokok?

p/s2: Tajuk tak ada kaitan sangat pun..hahah

12 comments:

Ryoki said...

byak la kebaikan merokok... aku paling meluat n tak ske asap... huh!! alergik gla!! tak kira la asp pa pon... soh rumm8 ang hisap rokok kt luar.. mcm apis... ang share bilik ngn dia, tk bermakna ang kn share asp rokok peberet dia... hohoh

matnormyth89 said...

haha..aku suka sgt bau..terutama kt kedai mkn..ngah2 tggu mknn,xpun ngah mkn, ada la perisa tambahan..perisa rokok..sedappp..
rasa mcm nk letak idung aku depan2 batang rokok yg dia isap tuh..bau puas2..:D
haha emo2

kaka said...

coi,
harga rokok naek..patot la smlm ada org pecah masuk kdai dpn umah ak ni..abes rokok kena curi..

Ak suke rokok. Sedap.
Nasib baek ak xberduet sgt nk beli tiap2 ari..huhu.

Ryoki said...

matno gila... hahahaha... meh bilik aku meh.. aku sumbat btg rokok lam idong ang, pas2 cucuh.. ang sedut la puas2... hahah

-tuan tanah, sila buang word verification... tension lor...

Ezal R said...

ryoki,
hg alergik asap? sejak bila ni?
bukan hg suka ke asap2 ni? moto hg dlu pn kua asap byk kn? kata best..
ni pe kes plak ni? hahah
aku bukak pintu bilik tiap kali die mrokok ar.. bg angin bwk pegi..heee
tp still ada bau..hampeh..

matnormyth89,
stakat bau jer pe kes? isap la skali..
baru macho..hahah

kaka,
sejak bila hg mrokok ni? besaq2 da pandai merokok.. nanti jd org cyber merokok puas2 yer..hehe

ryoki,
jom sumbat 15 btg rokok dlm idung die..pastu hg cucuh.. mati hg tanggung sorang..hahah

ada word verification la best..
nk seribu daya, xnk seribu dalih..huahuahua

akuKah.. said...

macho dowh org yg merokok..
tp busuk...hahaha

Ezal R said...

akukah,
macho tapi busuk...? ske ke x?haha..
macam sapa? haha

kaka said...

macam zed zaidi..haha.
Eleh ati, kalo ko berak pon busuk gak..

P/s-ak yg xmrokok ni p0n ttp macho digilai jutaan wanita.hak3..

Ezal R said...

kaka,
mcm zed zaidi je ke? ada org lain?
hehe..

jgn nk menipu, sape JUTAAN wanita tu??? heran aku..hahah

akuKah.. said...

pejal:
as long as xsmoke depan aku..
aku chill ja..
tp cepat mati kot..haha

kaka:
lu berak wangi sgt ke? btw, ko tu ayu, lembik n longlai..xde nyer macho2..

Ezal R said...

akukah,
klu smoke btol2 blakang hg? chill gak? asap tu still ada kn? heee

akuKah.. said...

Pejal,
wa bkn awek gedik2 n demand sna sni..Blak wa nk sm0ke,sm0ke je la..Jgn mintak duit nk bli r0kok dr aku dh ar..Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...