Tuesday, October 05, 2010

Mari sama-sama kita berdoa

Sejak Sabtu yang lepas negara digemparkan dengan kemasukan negarawan negara Tun Dr.Mahathir Mohamad ke Hospital Epworth, Melbourne selepas dikatakan mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Beliau beserta isteri sebenarnya dijadualkan berucap pada seminar pembangunan insan anjuran Kelab UMNO Melbourne, Australia di University of Melbourne tetapi terpaksa dibawa ke hospital.

Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT semoga beliau segera sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa..

Semoga beliau segera sembuh..
Amin!!!


Petikan dari Kosmo hari ini

Update

Alhamdulillah...

Berita ini dipetik dari utusan online

Tun Dr. Mahathir keluar hospital

05/10/2010 10:32am

MELBOURNE Australia 5 Okt. — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari hospital Epworth di Melbourne pagi ini. Beliau dimasukkan ke hospital itu sejak Sabtu akibat jangkitan kuman.

Menurut seorang jurucakap hospital, Dr Mahathir keluar dari hospital dengan semangat yang tinggi. Beliau telah berada di hotel penginapannya dan akan kembali ke tanah air minggu ini. — Bernama


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...