Sunday, October 31, 2010

Saman Budak 4 Tahun

Ehh... Ini apa kes ni? budak baru umur 4 tahun boleh kena saman? Dah hilang akal ke? Kenapa tak saman ibu bapa budak tu je.. Itu tanggung jawab diorang lah. Dalam kes ni ibubapa yang perlu dipersalahkan, ada anak tak dijaga dengan baik,....lagi satu,budak umur 4 tahun tak tahu apa-apa lagi kot...tak boleh nak pikir dengan baik lagi..

Hmm.. macam-macam betul kes pelik..
NEW YORK: Mahkamah di sini memutuskan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun, yang dituduh merempuh seorang wanita tua berusia 87 tahun menggunakan basikalnya di kawasan pejalan kaki di Manhattan, boleh disaman atas alasan cuai.

Insiden itu berlaku pada April 2009, apabila mangsa, Claire Menagh dilanggar oleh dua kanak-kanak berusia empat tahun yang menunggang basikal dikenali sebagai Juliet Breitman dan Jacob Kohn yang jelas berlumba menggunakan basikal mereka di kawasan pejalan kaki East Side.

Menurut satu aduan, ibu kanak-kanak itu Dana Breitman dan Rachel Kohn berada bersama anak masing-masing ketika insiden dan mangsa cedera parah akibat terjatuh selepas dilanggar. Malah, laporan menyatakan wanita itu mengalami patah tulang peha dan menjalani pembedahan. Pihak berkuasa berkata Menagh meninggal dunia tiga minggu kemudian.

Keputusan itu, dibuat secara rasmi oleh Hakim Mahkamah Tinggi Daerah King, Paul Wooten Khamis lalu, mencetuskan perpecahan besar-besaran di kejiranan itu.
Pihak Menagh dan kemudian anak lelakinya menyaman kedua-dua kanak-kanak terbabit dan ibu mereka kerana ‘kecuaian ketika mengendali dan mengawal basikal.’

Bagaimanapun, peguam Breitman, James Tyrie, mempertikai bahawa usia empat tahun terlalu muda untuk bertanggungjawab, memetik hakikat bahawa mahkamah pernah menyatakan pada masa lalu bahawa kanak-kanak di bawah usia empat tahun ‘tidak berupaya melakukan kecuaian.’ – Agensi
petikan dari Berita Harian

4 comments:

saya_arief said...

macam2..
4 tahun pown nk saman..
ish2..

Ezal R said...

sebab xpuas ati kot ni.. main blasah jer saman..

Albert said...

US punya judiciary system pelik pelik punya... yang betul dijadikan salah... yang salah dijadikan betul

Ezal R said...

Albert,

Undang-undang mereka pelik sebab dorang sendiri pun pelik kot..hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...