Monday, October 18, 2010

Wanita Pertama Malaysia / First Lady of Malaysia

Entri kali ni bukanlah bersifatkan politik atau hendak mempolitikkan cuma aku rasa tertarik untuk mengetengahkan ataupun memperbetulkan tanggapan sesetengah orang. Aku rasa topik ini perlu sebab bagi aku mungkin sesetengah pambaca blog aku ni tak tahu atau enggan mengambil tahu siapa sebenarnya Wanita Pertama Malaysia ( Malaysian First Lady).

DYMM Raja Permaisuri Agong Tuaku Sultanah Nor Zahirah

Aku rasa terpanggil untuk mengeposkan entri kali ni sebab tanpa kita tahu sebenarnya kita telah "tersalah" guna pakaikan gelaran Wanita Pertama Malaysia. Semua orang tahu bahawa sejak dua menjak ni, gelaran Wanita Pertama Malaysia telah dan sedang digunakan oleh isteri perdana menteri sekarang.

Sebagai makluman, Malaysia adalah sebuah negara berpelembagaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan di dalam Perlembagaan Malaysia,telah termaktub bahawa gelaran Wanita Pertama Malaysia seharusnya digunakan dan diberikan kepada Raja Permaisuri Agong selaku isteri kepada Yang di-Pertuan Agong iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Nor Zahirah.


Jadi, sebarang "kesilapan" menggunakan gelaran ini sepatutnya dijelaskan dan diambil inisiatif untuk memperbetulkan apa yang telah dilakukan dan seperti pandangan pemilik blog ini, Inspirasi Monologue,aku juga berharap agar "kesilapan" ini tidak terus biarkan supaya generasi muda tidak terkeliru dan berlaku ketidakfahaman istilah atau gelaran ini.

Ini boleh dibuktikan dengan menyemak kembali perlembagaan negara kerana menurut Perlembagaan Malaysia, Artikel 32 mengatakan bahawa gelaran ini hendaklah diguna pakai oleh Raja Permaisuri Agong.

Kepada pihak yang berwajib dan "pakar-pakar" sejarah, anda seharusnya memperbetulkan dan menerangkan tentang "kesilapan" penggunaan istilah ini. Kebebasan bersuara adalah salah satu ciri-ciri negara yang mengamalkan demokrasi dan perlu dijelaskan disini bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan Malaysia adalah sebuah negara berperlembagaan. Ini perlu jelas kepada semua rakyat Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan
Raja Permaisuri Agong Tuanku Nor Zahirah


p/s : entri kali ini agak serius..harap maaf tetapi ini adalah perlu untuk memperjelaskan apa sepatutnya dijelaskan
p/s : enrti ini bukan untuk berpolitik...


2 comments:

M.Rohaizad.M.Rejab said...

wah.... mcm sama jer ngan inspirasi monologue... kikihkih

Ezal R said...

ada buat link kot ke blog sana..hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...