Friday, November 12, 2010

Apa Kes ? Mangsa Banjir Di Halau


Hmmm.. ini apa kes ni? Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Ini dah dikira menganiaya, dorang ni dalam kesusahan, tak perlu lah buat sampai macam ni kalau kerana perbezaan fahaman politik. Apa kes??

Gara-gara berbeza fahaman politik, mangsa banjir mendakwa dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir.

Nasib malang itu didakwa berlaku ke atas 103 orang daripada 27 keluarga mangsa banjir yang tinggal di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Janggus dekat sini semalam.

Arahan supaya mereka mengosongkan pusat tersebut dibuat oleh salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) pusat itu melalui pembesar suara.

Amat memeritkan, mereka mendakwa hanya diberikan tempoh lima minit untuk berbuat demikian dan terpaksa berpindah ke pusat penempatan di Sekolah Menengah Alor Janggus di sini.

Tukang kebun, Abd. Aris Ahmad, 37, mendakwa, dia tidak menyangka jawatankuasa pusat berkenaan tergamak berbuat demikian memandangkan mereka adalah antara 1,700 mangsa banjir lain yang tinggal di situ sejak 2 November lalu.

"Kami ada membuat aduan tentang pelbagai perkara yang tidak mencukupi seperti makan dan peralatan lain termasuk selimut dan tikar sedangkan banyak makanan dan peralatan tersimpan dalam stor.

"Namun mereka sentiasa memberi pelbagai alasan dan apa yang menghairankan, barangan yang kami minta itu diberi kepada orang-orang tertentu sahaja tanpa banyak soal," dakwanya yang tinggal di Kampung Pulau Kerengga di sini.

p/s: tak patut..tak patut...
 

3 comments:

Mr. N said...

bangang lah...sesame melayu pun camtu.....

Ezal R said...

itu lah pasal.. ntah apa2

kucokelat said...

haiish, ape nak jadi diorang ni!!
tlong menolong la kan.
ejal r dok jtra kat mana???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...