Tuesday, November 09, 2010

Banjir Di Kedah Semakin Pulih

Keadaan banjir di Kedah semakin baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kota Setar dan Kubang Pasu semakin berkurangan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan ialah 22,825 orang dari 5,761 keluarga.
Di Daerah Kota Setar, seramai 16,760 orang dari 4,112 keluarga masih berada di pusat pemindahan manakala di Kubang Pasu, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 6,069 orang dari 1,649 keluarga.

Jurucakap itu berkata 56 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 39 di Kota Setar dan 17 buah di Kubang Pasu. -

sumber: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...