Wednesday, November 03, 2010

Keadaan Banjir Di Jitra

JITRA 3 Nov. - Beberapa jalan utama yang menghubungkan pekan ini dengan Alor Setar ditenggelami air sedalam hampir satu meter, dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan, sekaligus menyebabkan penduduk kawasan sekitarnya terkandas.

Dua jalan utama yang ditenggelami air ialah Jalan Alor Setar-Hutan Kampung dan Alor Setar-Kepala Batas, manakala jalan alternatif atau jalan kampung, turut dinaiki air.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan mendapati aktiviti harian penduduk di sini lumpuh sepenuhnya, dan beberapa khemah didirikan sebagai tempat tinggal sementara mangsa banjir.

Selain itu, tinjauan di kedai runcit mendapati bekalan makanan seperti ikan kering, sardin, telur, makanan segera serta beras, laris dijual dan mungkin menghadapi kekurangan sekiranya jalan utama masih tenggelam.

M. Kalidas, 45, berkata banjir kali ini lebih teruk berbanding tahun 2005 dan tidak menjangka kawasan kediamannya turut dinaiki air kerana perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini. - Utusan Malaysia


5 comments:

Albert said...

For now, I am really grateful to stay in Kuala Perlis which stays flood-free after so many days...

Ida said...

To Mr Albert, your comment does not really help the victims but more to add to their sorrows.You being grateful to have stayed in a place that has never never been affected by flood before is not really welcomed in this situation.But if you voice your sympathy over this ,it would at least heal the sorrows of the affected people. Be more thoughtful!!!

Ezal R said...

Albert, u should thankful and let us pray for the victims,

Ida, thanx 4 ur comment and hope this flood will more better from day to day.. (rumah aku kat situ, terperangkap..huhu)

nurmisnan said...

salam Ezar..
semoga banjir akan semakin surut..
sentiasa berdoa agar mereka2 yang sedang
dalam kesusahan di permudahkan segala urusan...

Ada hikmah disebalik kejadian...

Ezal R said...

Insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...