Wednesday, November 03, 2010

Land Rover Terbalik

ALOR SETAR – Seorang operator telefon di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda maut, manakala dua pembantu tadbir di IPD itu cedera selepas kenderaan Land Rover yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di susur masuk Plaza Tol Alor Setar Utara berhampiran Hutan Kampung hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali berkata, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu ialah Nurul Fitri Muhamad, 30, manakala dua yang cedera ialah Noraini Abu Seman, 34, dan Rogayah Hussain, 40.

"Ketika kejadian semua mereka dalam perjalanan pulang selepas menjalani kursus pengurusan selama tiga hari di Pusat Latihan Polis, Anak Bukit di Alor Setar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat Nurul Fitri dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat.

Salah seorang mangsa yang cedera dimasukkan ke wad hospital tersebut, manakala seorang lagi dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. – Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...