Tuesday, November 09, 2010

Penoreh Getah Malaysia

Berita baik kepada seluruh penoreh getah di Malaysia, semoga mereka bersyukur dan teruskan usaha keras mereka kerana tanpa mereka, ekonomi negara mungkin merosot.


Berikutan harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara semalam, membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, harga getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram semalam menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

"Kita dapat melihat sejak beberapa tahun, antara komoditi yang stabil adalah getah. Ia mengupayakan pendapatan penduduk luar bandar dengan stabil," katanya kepada pemberita pada majlis Hari Inovasi dan Kualiti Risda, di sini hari ini.

Beliau yakin komoditi berkenaan bukan sahaja akan memberikan sumbangan kepada pendapatan negara malah masyarakat luar bandar khusunya pekebun kecil.

Sehubungan itu, Program Tanam Semula Risda diberikan peruntukan sebanyak RM217 juta tahun ini untuk kawasan seluas 131,528 hektar membabitkan 52,000 orang pekebun kecil, katanya. - Utusan Malaysia


7 comments:

sofi said...

yg penting, bersyukurlah!

Mizi a.k.a SKELERTOR said...

wah naik btl harge getah ek skang.. nak kene start bukak ladang getah plak ni hehe

Nur Misnan said...

salam E..
Alhamdullilah... rezeki mereka felcra dan felda di seluruh dunia
amin3...

nih tgh dok tggu kelapa sawit naik lagi
yippy.. suka abah mak aku yer... =)

momochan said...

harga getah memang naik...tapi penoreh kecil-kecil tu pass kat tokey2 besar...siapa yang dapat untung?tokey besar juga..yang penat lelah menoreh hanya dapat berapat ringgit sahaja.

rainbowskittle said...

naseb apak aku ada tanam getah . woooo kaya ar lepas ni kekeke
btw, farah follow okey :)

Ezal R said...

yup.. kepada penoreh-penoreh, semoga mereka mendapat hasil yang lumayan dan bersyukur..

tunggu la plak bahan mentah yg lain naik plak..amin3!!

Ezal R said...

Thanx kepada yang sudi follow.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...