Wednesday, December 29, 2010

Kemeriahan Bola: Jangan Sampai Kita Lupa Kepada Isu Palestin

Sekarang ni Malaysia dan Indonesia begitu meriah dengan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010. Tak kira besar atau kecik, semua tahu tentang bola. Tetapi kita sebagai umat Islam, jangan lah sesekali kita lupa kepada saudara kita yang sedang berperang menuntut hak mereka dan umat Islam di Palestin.

Kita boleh bersorak untuk pasukan kebangsaan, tetapi jangan sampai kita alpa.

wallahualam~~

Gaza ingati detik sekatan dimulakan


KANAK-KANAK Palestin semalam menyertai protes (atas) sempena ulang tahun kedua dua serangan Israel terhadap  Semenanjung Gaza pada 27 Disember 2008.

Serangan Israel 2 tahun lalu ragut 1,419 nyawa 
SEMENANJUNG GAZA: Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza kelmarin menandakan ulang tahun kedua serangan besar-besaran Israel pada 27 Disember, 2008 selama tiga minggu ke atas wilayah itu, yang membawa kepada sekatan ke atas semenanjung kecil berkenaan seluas 40 kilometer panjang dan 10 kilometer lebar.  
Serangan itu mengakibatkan kira-kira 1,419 rakyat Palestin terkorban dan beribu-ribu hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah.


Beratus-ratus keluarga penduduk Gaza kini tinggal di tempat penempatan dan khemah akibat sekatan itu, yang melarang bahan binaan dibawa masuk ke Gaza, yang mempunyai kira-kira 1.5 juta penduduk yang tinggal dalam keadaan sempit di sebuah kawasan kira-kira 400 kilometer persegi, menjadikannya salah sebuah kawasan padat dengan penduduk di dunia. 
Israel memutuskan untuk menyerang dalam usaha ‘menghalang roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza oleh militan Palestin terhadap wilayah didudukinya’. 
Bagaimanapun Hamas, pergerakan yang memenangi pilihan raya Parlimen Palestin pada 2006 dan kemudian merampas Semenanjung Gaza daripada lawannya, Fatah, satu puak yang diketuai Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas pada 2007, menafikan dakwaan Israel itu. 
Israel sejak bertahun-tahun sudah menyekat kemasukan dan keluar penduduk dan barang dari Gaza, tetapi ia meluaskan lagi sekatannya itu pada Jun 2007, selepas Hamas berkuasa, bagi menyingkirkan pergerakan berkenaan. 
Penduduk Gaza menyertai beberapa acara untuk memperingati ulang tahun berkenaan. 
Di utara Semenanjung Gaza, ramai rakyat Palestin bersama-sama dengan sesetengah anggota parlimen Hamas dan puak kebangsaan pemimpin Palestin lain, berkumpul untuk menghormati kematian syahid rakan mereka dengan menanam pokok palma dan zaitun dengan meletakkan gambar mereka. 
“Projek itu dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian yang dikuasai Hamas dan Pihak Berkuasa Alam Sekitar Gaza, bertujuan menanam 100,000 pokok palma dan zaitun dan jumlah ini mewakili bilangan mereka yang mati syahid yang dibunuh oleh kekerasan Israel sepanjang sejarah Palestin,” kata Pengerusi Pihak Berkuasa Alam Sekitar Gaza, Dr Ibraheem Youssef. 
Di kawasan Ezbit Abed Rabbo, di mana beratus-ratus rumah dibom dan kemudian dirobohkan, anggota Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP) menunjuk perasaan dengan menyalakan lilin sebagai satu bantahan terhadap ketiadaan keadilan antarabangsa. 
Sementara itu, militan bertopeng dari puak bersenjata Palestin memberitahu satu persidangan akhbar di sini bahawa mereka bersiap sedia bertindak balas jika berlaku sebarang ancaman daripada Israel. – Bernama 



p/s : Semoga rakyat palestin terus memperjuangkan hak mereka, dan kita sebagai saudara se-Islam juga perlu sama-sama membantu mereka dengan apa yang terdaya.. ALLAHUAKHBAR!!


3 comments:

fairus said...

Sokong Malaysia.. Sokong Palestin.. :)

My Little Diary said...

salam

ye betul...
bola..bola jugak... jgn lupa pulak yg tertindas tu

Ezal R said...

yeah!! sokong kedua-duanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...