Thursday, December 30, 2010

Layanan Yang Sangat Tidak Adil Indonesia Kepada Malaysia

Cuba korang baca dulu petikan akhbar dibawah ni then korang bagi pendapat korang. Wajar ke tidak wajar?


KECEWA dengan lokasi tempat duduk dalam Stadium Gelora Bung Karno serta faktor risiko keselamatan, antara 150 hingga 200 penyokong Malaysia menonton dalam protes final kedua Piala Suzuki AFF di layar besar di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, malam tadi.
Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor, Mohd Nasir Yunus, 55, yang mengetuai rombongan penyokong pasukan bola sepak Malaysia, berkata kumpulan penyokong negara yang tidak ramai jumlahnya sudah menempah tiket di tempat duduk VIP, tetapi mereka diberikan tempat duduk di belakang gawang gol di pintu II.

Mereka juga diletakkan di tengah-tengah penyokong Indonesia dan berasa tidak selamat untuk berada dalam stadium menonton perlawanan bagi menyokong pasukan Malaysia.
“Kami amat kesal sekali. Kami berasa kami dianak tiri, disisih dan tidak diberikan keadilan sewajarnya. Setelah mengambil kira faktor keselamatan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia serta persetujuan anggota rombongan, kami mengambil keputusan menonton perlawanan itu dalam protes di Kedutaan Besar Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia.

Mohd Nasir berkata rombongan itu membabitkan kira-kira 60 penyokong yang datang dari Malaysia dan protes mereka itu turut disertai penyokong negara yang berada di Jakarta.

“Kumpulan kami tidak ramai, tidak ada masalah jika kami diberikan tiket di tempat duduk VIP,” katanya.-Harian Metro


Malaysia kecewa layanan tuan rumah terhadap pasukan kebangsaan kita 

MEMANG 'unik' layanan tuan rumah, Indonesia kepada skuad kendalian K Rajagobal yang bertandang ke Jakarta sehari sebelum perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno yang berlangsung malam tadi.


“Saya tidak tahu apa salah kami sehingga dilayan begini,” kata Rajagobal.
“Ketika Indonesia berkunjung ke Kuala Lumpur, kami melayan mereka dengan baik dan memastikan semua persiapan berjalan lancar. Bagaimanapun saya menerima keadaan ini dan tetap akan bermain dengan semangat tinggi.” 

Komen itu berikutan ragam segelintir penyokong tempatan mengibarkan kain rentang menghina Rajagobal dan skuad negara ketika berlatih di hotel penginapan, kelmarin. 

Pada awalnya penganjur menyediakan padang latihan yang sering digunakan pasukan kebangsaan Indonesia untuk skuad Rajagobal, tetapi kerana terlalu ramai penyokong tempatan menanti pada hari terakhir sebelum perlawanan sebenar itu, lokasi latihan ditukar ke gelanggang lain. 

Gelanggang alternatif itu terletak di Lebak Bulus, Jakarta Barat yang mengambil masa lebih sejam untuk sampai sekiranya jalan sesak. Dalam perjalanan ke sana, lalu lintas terlalu sesak dan bas skuad negara terpaksa berpatah balik. 
Harimau Malaya turun menghadapi final kedua tanpa latihan sebenar, sebaliknya hanya memanaskan badan dan berlatih ringan di kawasan berumput kecil di tepi kolam. -Berita Harian



(Masih ada banyak berita macam ni, tapi ini jer yang aku dapat tunjukkan..kalau rajin, korang boleh cari sendiri )


p/s: sangat susah kalau kita nak bercakap atau berbincang dengan Indonesia, bila kata mentaliti rendah dan tidak ada semangat kesukanan, mereka melenting. Mana tidaknya, mereka dilayan sangat baik dan mesra disini, tak ada provokasi apa-apa sampai membahayakan pemain mereka tapi bila turn kita main disana, bermacam-macam skuad kebangsaan kita perlu harungi sehinggakan kita turut difitnah mengatakan kita bermain kotor untuk menang. Tapi, siapa yang bermain kotor sebenarnya? ada ke pasukan mereka perlu diiringi dengan kenderaan kebal/perisai yang diberi nama barakuda atau senagkatan dengan nya..? tak ada kan? kita melayan mereka dengan cukup baik kerana mereka adalah tetamu negara, tapi apabila kita disana, kita dilayan seperti penjenayah..Ape kes!!??


Siapa yang tak ada semangat kesukanan? Kunun Presiden suruh kuatkan semangat kesukanan, tapi itu semua bukan semangat kesukanan, itu kebencian.. Apa yang Indonesia tak puas ati lagi?? kalau kalah tu, mengaku kalah aje la.. jangan nk cari alasan n sengaja buat provokasi..ORANG MALAYSIA ORANG BERTAMADUN LAA...( aku panas tol!!)


Lagi satu, pihak berkuasa disana.. tidak mengambil tindakan langsung kepada yang mengganggu skuad Malaysia dengan bermacam-macam provokasi malah jurulatih Malaysia di keji... huh!! Sekurang-kurangnya skuad Malaysia SEMUAnya rakyat Malaysia dari kecik atau bahasa mudahnya.. orang tempatan.. ok?


GERAM!!!! huhu 

2 comments:

lalalilo said...

org lau low educati0n mmg cm 2. mmg susa nk sdarkn dyowg. bnyk tgurn yg sy bg tp hampeh. stu haprak x trime. sbnrny presiden kt sne p0n sme cm rkytny. kurg smgt ksuknan n kurg b'tggungjwb. btol x? lau silap, maaf laa yew. huhu

farah said...

indonesian~ tapi bukan semua laa. nak buat macam mana, geram tu memang la. tapi yang penting AFF kita yang punya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...