Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya atau Harimau Malaysia?

Belia Sabah mahu digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia". 
Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.
"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak. 
"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya. - BHarian


Pada aku tidak menjadi masalah apa pun tengtang penggunaan nama Harimau Malaya, sejak dari dulu lagi nama Harimau Malaya digunakan. Malah, dari kajian aku sendiri nama Harimau Malaya ini diambil sempena spesies harimau iaitu Panthera tigris jacksoni  atau dalam bahasa inggeris nya ialah Malayan Tiger (Harimau Malaya) dan juga dikenali sebagai Harimau Belang.

Kita bukan nak mengetepikan Sabah dan Sarawak. Ini cuma gelaran kepada skuad kebangsaan kita dan jika Harimau Malaysia digunakan, ikon atau maskot Harimau Malaysia wujud ke? 1 Malaysia tetap 1 Malaysia. tidak menjadi masalah kerana kita sebagai rakyat Malaysia ada tanggungjawab masing-masing untuk terus bersatu dan memajukan negara.

So, aku sarankan kita tak perlu menukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Itu tetap pasukan kebangsaan Malaysia termasuk juga sabah dan sarawak..

ok? no heart feeling okeh? : )

p/s: ini cuma pendapat aku, pendapat korang macamana pulak?

Malaysia Boleh!!

4 comments:

Anonymous said...

KEPALA OTAK KAU! Malaya HIPOKRIT!

Ezal R said...

ni ape anon2 ni? kalau berani letak nama ar.. hipokrit apa kejadahnya?

alyaa kamil said...

aku pom setuju...name x penting,yang pnting semangat kite!
anon??layan jer!pengecut!

Anonymous said...

Guna laa MALAYA kau tu. Semua benda MALAYA, klu x MALAYA, mesti MELAYU, x MELAYU mesti MALAYA.

Mmg org MALAYA perangai mcm ni. Ambik la MALAYA tu.

Buat la semua benda taruk nama MALAYA.

Bukan mati pon. MALAYA..MALAYA..MALAYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...