Monday, January 10, 2011

Buaya Oren



SEEKOR buaya berwarna oren berjemur di Venice, Florida pada Rabu lalu.



MIAMI, Amerika Syarikat - Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.
Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.
"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.
Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.
"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.
Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.
"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.
Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut.

Kosmo


4 comments:

Zyash said...

Buaye kene dye....

Ezal R said...

haha.. dye rambut yg orang saloon buang

efa said...

eee...warna hapo pun tak minat..geri+takut la..

momochan said...

alaaa kecian.macam berpenyakit je buaya ni..ish ish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...