Sunday, January 09, 2011

Sekatan JPJ di Ladang, Kebun, Kampung dan Kawasan Perumahan

Wah!! sekarang ni JPJ makin berkuasa, so kenalah lepas ni ikut peraturan, pak cik-pak cik yang nak ke ke kebun naik moto tu, jgn lupa bawak lesen dan pakai topi keledar, mak cik-makcik yang nak melawat jiran sekampung tu pn kena pakai topi keledar ok.. nanti dapat saman JPJ susah plak..hehe



ALOR GAJAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan. 

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.
"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu hari ini.
Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Melaka, Datuk R Perumal, yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu. 

"Sekarang ini cuma tunggu ia diwartakan, dan kita jangka ia dapat dikuatkuasakan tidak lama lagi, iaitu dalam tahun ini juga," katanya. 

Beliau berkata, mengikut pindaan akta itu, pemilik kenderaan yang bertukar alamat diberi tempoh dua minggu untuk memaklumkan alamat baru kepada JPJ dan jika gagal, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka, termasuk kompaun sebanyak RM300. 
Ismail berkata, peraturan itu adalah bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah mereka tidak menerima saman yang dikeluarkan JPJ. 

Beliau berkata, JPJ juga sedang menaik taraf perkhidmatan untuk pengguna, termasuk pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan melalui kios yang diwujudkan di pasar raya. 

Pada program Satu Komuniti Satu JPJ itu, seramai 494 penunggang motosikal berusia 45 tahun ke atas, berjaya memperoleh lesen memandu. - Berita Harian


p/s: lepas ni pekebun nk g kebun dah kena pakai topi kledar, takut nanti kena saman dgn JPJ..hehe

2 comments:

FadhDeela said...

hahaha terbaik la abg JPJ nie..dah rajin erk :P

im following u :p

Jom singgah: Anak2 Buahku yang Comey!

Ezal R said...

gaji tinggi, so kena rajin la..haha

arigatuo gozaimasu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...