Showing posts with label Technology. Show all posts
Showing posts with label Technology. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Model Baru PROTON

Kereta dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo berharga serendah RM60,000

PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan.
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.
“Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta. 

Katanya, model baru itu akan menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Katanya, selain ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti. 
“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya sambil menambah bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah sekali gus menjadikan ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit.

Selain itu, sumber berkenaan berkata, paparan maklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut di naik taraf dengan dilengkapi sistem tiga bacaan kilometer iaitu Trip A, Trip B dan Trip C selain pelbagai lagi maklumat yang akan berfungsi memberi amaran jika bateri pada kunci lemah.-BH

p/s : harap proton terus maju dan mengeluarkan model-model yang terbaik dari semua segi.

Wednesday, April 27, 2011

Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup

Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.
Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.
Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.
"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."
Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.
Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.
Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja. - Kosmo

p/s: satu lagi teknologi yang telah memasuki fasa menjadi bahan sejarah... maase mak aku mula-mula kerja pn, pakai mesin taip ...byk berjasa...:D

Tuesday, March 15, 2011

Iktibar : Blogger dilepaskan tanpa bebas dari tuduhan komen palsu

Sepatutnya berita ni menjadi pedoman dan iktibar kepada semua blogger atau sesiapa sahaja. Sepatutnya kita perlu mengikut etika masa nak buat komen ke, entri ke atau apa-apa dan jangan sampai atau boleh menyebabkan diri atau orang lain manjadi mangsa.




Bagi aku benda-benda macam ni sangat membuat masa. Tak pasal-pasal kena saman la, kena tangkap la, macam-macam. Memang internet ni sebagai dunia tanpa sempadan, tapi harus diingat, berpada-pada dan jaga lah etika masa berbelog atau apa-apa pun.




Blogger Hassan Skodeng atau nama sebenarnya Irwan Abdul Rahman dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tuduhan membuat dan memula penghantaran komen palsu berhubung artikel 'TNB to sue WWF over Earth Hour' dalam blognya di internet.  
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara bersetuju menarik balik pendakwaan dalam kes itu.
Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad berkata representasi oleh pihak pembelaan pada 23 Sept tahun lepas kepada jabatan itu telah diterima pada 22 Februari lalu. 
Irwan, 36, yang juga editor eksekutif ruangan Lifestyle & Entertainment akhbar The Malay Mail, didakwa membuat dan memula komen palsu itu dalam laman blog http://nose4news.wordpress.com dengan niat hendak menyakiti hati orang lain.  
Artikel itu ditulis dalam bentuk berita berdasarkan "satu sidang akhbar palsu" oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang kononnya menyatakan bahawa syarikat itu akan menyaman Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) berhubung kempen Earth Hour. 
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 6 dan 7 petang 25 Mac tahun lepas di pejabat akhbar itu di B-3A-01,02 & 03, Dataran 3 Dua, No 2, Jalan 19/1 di sini.  
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.  
Pendakwaan dibantu Zainulnahar Zakaria manakala Irwan diwakili peguam bela Datuk Jahaberdeen Mohamaed Yunoos. - Berita Harian


Wallahualam

Vettel to stay at Red Bull until 2014

Red Bull have announced on Monday that Sebastian Vettel will continue to drive for the team until the end of the 2014 season. Last year, at just 23 years-old, Vettel became the sport’s youngest-ever world champion after scoring 10 pole positions, five victories and 256 points in the team’s RB6.



"The reason why I'll stay until 2014 with Red Bull Racing is that I feel very comfortable in the team," he told Red Bull's official website on Monday morning. "I am proud to be part of the team, and I am proud of what we have archived so far and will achieve together in the future."

The German has been supported by Red Bull since 1998 and is a graduate of the Red Bull Junior Team. After spells in Formula Three and Formula BMW, Vettel made his Formula One debut in 2007, standing in for an injured Robert Kubica at BMW Sauber, before securing a full-time Toro Rosso race seat later that season.

During his first full season with Toro Rosso in 2008 he became the sport's youngest winner with a stunning victory at the Italian Grand Prix. The following year he switched to Red Bull's 'senior' RBR team for 2009. He took four wins that year to finish second in the drivers’ championship, before taking the title in 2010.

Vettel will once again team up with Australian driver Mark Webber in Red Bull's line-up for the 2011 season.



Source Formula1

Friday, March 04, 2011

Best Giler : Sebuah Helikopter Sebagai Hadiah Perkahwinan

Seorang lelaki, Lalit Tanwar, 26, berkahwin dengan Yogita Jaunapuria dalam satu majlis perkahwinan mewah, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Lalit dilaporkan menerima hadiah sebuah helikopter manakala 18,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinannya.
Mereka berkahwin di sebuah rumah dekat bandar raya ini dengan 12 skrin televisyen gergasi dipasang bagi merakamkan majlis perkahwinan tersebut.

Akhbar Times of India membuat anggaran bahawa majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa lalu itu melibatkan kos AS$22 juta (RM66.67 juta).
Namun, akhbar Mail Today melaporkan, kos majlis perkahwinan itu mungkin AS$55 juta (RM166.67 juta).
Akhbar Indian Express melaporkan bahawa, pengantin lelaki mendapat hadiah sebuah helikopter Bel 429 berharga AS$8 juta (RM24.24 juta) dalam satu majlis perkahwinan yang ringkas.
Majlis perkahwinan itu melibatkan anak seorang ahli politik daripada parti Kongres yang kaya, Kanwar Tanwar.
Lalit dikatakan memakai kalungan bunga yang diperbuat daripada wang kertas dalam majlis perkahwinan tersebut.
Keluarga pengantin perempuan meraikan pengantin lelaki dengan memberikannya hadiah bernilai AS$5 juta (RM15.15 juta). - Kosmo

p/s: derma kepada rakyat yang miskin pn bagus...

Thursday, March 03, 2011

Pt 6 : Amazing Photos











Sharing is caring

Tips: Cara Hidup Dengan Lebih Lama

Siapa yang tak nak hidup lama? Kebanyakkan orang nak tapi tahukah macamana or tips untuk hidup dengan lebih lama? Hidup tanpa mengidap apa-apa penyakit. 


Mungkin akan ada orang kata, 
" Ajal maut ketentuan Tuhan", "Kita tak tahu bila kita mati, mungkin esok, mungkin juga lusa". 
Tapi, kita kena ingat, Tuhan bagi kita hidup dengan kesihatan yang baek, Alhamdulillah. So, kita perlu lah menjaga badan kita ni dari rosak dengan penyakit-penyakit yang sah-sah dari kecuaian kite sendiri, dari pemakanan dan macam-macam lagi kecuali penyakit keturunan.


Nak hidup lama? Orait, dalam berita harian hari ni ada satu kajian yang dilakukan untuk cara nak hidup dengan lebih lama. Jom baca:



Mereka yang tidak berasa bimbang dan sentiasa gembira mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup lebih lama dan panjang umur, kata satu kajian.  

Penyelidikan diketuai Profesor Emeritus Universiti Illinois, Ed Diener, berkata penilaian ke atas lebih 160 kajian untuk menentukan kaitan antara minda positif, kesihatan keseluruhan dan umur panjang memperoleh bukti jelas dan meyakinkan.
“Saya terkejut dan teruja apabila melihat perbandingan jelas yang mengaitkan antara tahap kesihatan yang baik dengan umur panjang,” kata beliau dalam laporannya yang diterbitkan Jurnal Applied Psychology: Health and Well-Being. 

Diener berkata, walaupun beberapa kajian yang dinilai memberi pandangan bertentangan, pendapat keseluruhan menyokong kesimpulan bahawa kegembiraan mempunyai kaitan dengan kesihatan dan umur panjang. – Berita Harian


p/s: so kesimpulanya, hidup kena happy selalu, jangan terlampau stress. Peace!!  :)

AWAS : Produk Farmaseutikal Positif DNA Babi

Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran mendapati tiga daripada produk itu positif DNA khinzir.
Kehadiran DNA itu dikesan menggunakan kit diagnosis yang dibangunkan sebuah syarikat multinasional tempatan menerusi projek perintis bersama kementerian berkenaan, baru-baru ini, dalam usaha membangunkan produk standard halal di Malaysia.


“Kajian menggunakan kaedah bioteknologi terkini itu menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin di negara ini disyaki diperoleh dari sumber khinzir. 

“Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati menggunakan produk farmaseutikal dan memilih yang mempunyai logo halal bagi mengelakkan mereka terpedaya,” kata Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof yang dihubungi, semalam. 

Fadillah berkata, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menjual produk tidak halal menggunakan logo halal. 

“Bila kami bangunkan standard halal, ia berasaskan kepada sukarela, mana-mana syarikat yang mahu memasarkan produk mereka sebagai produk halal, mereka perlu patuh garis panduan dan syarat yang ditetapkan. 
“Kalau mereka tidak letak tanda halal, kami tidak boleh ambil tindakan, terpulang kepada pengguna Islam yang prihatin untuk membeli produk halal dengan logo halal,” katanya. 

Fadillah berkata, kerajaan sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan menjelang 2020. 

Sehubungan itu, katanya, pelbagai langkah dilakukan bagi merealisasikan hasrat itu, termasuk memperkenalkan Standard Malaysia – MS 2424:2020 (P): Farmaseutikal Halal: Garis Panduan Umum, iaitu garis panduan umum pertama diperbadankan di dunia untuk farmaseutikal halal. 

Beliau berkata, garis panduan itu dijangka memberi faedah yang besar kepada negara dalam industri halal yang kini mendapat pasaran yang luas di peringkat global. 

Katanya, negara mempunyai kelebihan dalam pembangunan industri halal kerana Malaysia adalah negara Islam moden yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka, mempunyai infrastruktur fizikal yang lengkap dan institusi yang berupaya menyokong inisiatif dan program mantap bagi membangunkan industri itu. 

“Dengan pembangunan siri Malaysian Standard (MS) termasuk MS Farmaseutikal Halal, Malaysia mempunyai kelebihan dalam persaingan pasaran halal yang semakin kompetitif,” katanya. - Berita Harian





p/s: Kerajaan mesti mengambil tindakan kerana perkara macam ni melibatkan hukum halal haram dan sudah semestinya umat Islam perlu pengesahan. Kalau boleh, kerajaan perlu keluarkan senarai ubat yang haram secepat mungkin dan memudahkan untuk umat Islam mendapat maklumat supaya umat Islam dinegara ini tidak tertipu. Subhanallah.. mintak simpang..

wallahualam

UFO di Brazil Pula

Seorang pengguna jalan raya berjaya merakamkan gambar sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dekat bandar Agudos, Brazil lapor lamanFox News kelmarin.

Laman itu memetik laporan stesen televisyen G1 di Brazil yang menyiarkan rakaman UFO tersebut yang berlegar dalam ketinggian yang rendah.
Namun, UFO itu hilang buat seketika di celah awan sebelum satu cahaya yang terang muncul dan hilang di tepi awan.
Dua bebola cahaya misteri kemudian muncul dan ia bergerak turun ke kawasan belukar.
Kemunculan dua bebola cahaya misteri itu hampir sama dengan satu cahaya yang berlegar-legar di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada Januari lalu.
Imej UFO itu boleh dilihat di laman YouTube. - Kosmo

p/s: semakin banyak kejadian macam ni, adakah ufo benar-benar wujud atau macamana?
wallahualam

Wednesday, March 02, 2011

Proton Perdana Replacer



Nissan Fuga.

Is it true that Proton will replace Perdana with this model ?

It is 2.5 Liter engine.

What a nice and pretty car



Awal Januari lalu, Berita Harian melaporkan mengenai rancangan PROTON menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter bagi model yang akan menggantikan Proton Perdana. 
Mengikut laporan yang memetik sumber industri itu, sebagai permulaan Proton akan mengimport 150 unit model berkenaan dari Jepun dan membuat sedikit perubahan dalaman dan luaran untuk dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, sebelum dipasarkan secara komersial. 
- Berita Harian 


p/s: harap-harap betol..

Wajah Manusia 5,300 Tahun Lalu

Dua artis menggunakan imej tiga dimensi (3D) untuk menghasilkan wajah manusia zaman ais yang berusia 5,300 tahun.

Ia dihasilkan berdasarkan satu mayat lelaki yang beku dengan wajahnya mengalami keretakan menyebabkan sukar untuk mengenal pasti bentuk rupanya yang sebenar.
Model wajah manusia itu dihasilkan oleh dua artis dari Belanda, Alfons dan Adrie Kennis.
Wajah itu dipamerkan di Muzium Arkeologi Tyrol Selatan di sini bersama dengan mayat asalnya.

Mayat lelaki itu ditemui dalam bulan September 1991 dekat sempadan Itali dengan Austria oleh satu pasangan pelancong Jerman yang berjalan di Lembah Oetz.
Nama jolokan mayat lelaki yang tubuhnya tidak reput sepenuhnya itu ialah Oetzi.
Para penyelidik menyatakan ketinggian lelaki ais itu ialah 159 sentimeter dan berusia 46 tahun dan mati dibunuh oleh seorang lagi pemburu. - Kosmo


p/s: Begitu maju teknologi sekarang..

Tuesday, March 01, 2011

Perodua Myvi 2011 Picture


Looks very nice and sporty. 
I love it..
This model will be launch somewhere around April 2011 and the Special Edition on around June 2011.
Also, have a 1.5 liter variant. 


Just wait and see!!

Pt 4 : Amazing Photos












Sharing is caring

Pelik : Harga Bumi ialah RM 14,844 Trillion

Seorang saintis telah mencipta formula untuk menilai harga planet Bumi dan dia menetapkan Bumi berharga 3,000 trilion (RM14,844 trilion), lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis berkenaan yang bertugas di Universiti California-Santa Cruz, Greg Laughlin, membuat pengiraan itu berdasarkan faktor usia Bumi, saiz, suhu jisim dan beberapa statistik penting yang lain.
Dia mendapati Bumi adalah planet termahal berbanding planet-planet lain di cakerawala.
Cruz mencipta formula tersebut untuk menetapkan nilai planet-planet yang ditemui oleh kapal angkasa Kepler berharga £600 juta (RM2.9 bilion) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
"Saya percaya selama ini sukar untuk kita membayangkan nilai sesuatu planet terutamanya planet- planet yang menyerupai Bumi," katanya pada minggu lalu.
"Justeru, saya mencipta formula metrik ini supaya mudah untuk saya membuat penilaian sama ada sesuatu planet itu berharga atau sebaliknya," tambah Cruz.
Menurutnya, terdapat sekitar 1,235 planet di alam semesta dengan Marikh bernilai sekitar £10,000 (RM49,500), Zuhrah pula cuma 1 penny (RM0.04). - Kosmo


p/s: untuk apa harga planet-planet ini dikira? bukankah planet ini adalah hak milik setiap makhluk?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...