Bagi aku benda-benda macam ni sangat membuat masa. Tak pasal-pasal kena saman la, kena tangkap la, macam-macam. Memang internet ni sebagai dunia tanpa sempadan, tapi harus diingat, berpada-pada dan jaga lah etika masa berbelog atau apa-apa pun.
Blogger Hassan Skodeng atau nama sebenarnya Irwan Abdul Rahman dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tuduhan membuat dan memula penghantaran komen palsu berhubung artikel 'TNB to sue WWF over Earth Hour' dalam blognya di internet.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara bersetuju menarik balik pendakwaan dalam kes itu.Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad berkata representasi oleh pihak pembelaan pada 23 Sept tahun lepas kepada jabatan itu telah diterima pada 22 Februari lalu.
Irwan, 36, yang juga editor eksekutif ruangan Lifestyle & Entertainment akhbar The Malay Mail, didakwa membuat dan memula komen palsu itu dalam laman blog http://nose4news.wordpress.com dengan niat hendak menyakiti hati orang lain.
Artikel itu ditulis dalam bentuk berita berdasarkan "satu sidang akhbar palsu" oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang kononnya menyatakan bahawa syarikat itu akan menyaman Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) berhubung kempen Earth Hour.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 6 dan 7 petang 25 Mac tahun lepas di pejabat akhbar itu di B-3A-01,02 & 03, Dataran 3 Dua, No 2, Jalan 19/1 di sini.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dibantu Zainulnahar Zakaria manakala Irwan diwakili peguam bela Datuk Jahaberdeen Mohamaed Yunoos. - Berita Harian
Wallahualam
1 comment:
Abg Z: Huhuhu berhati2 semasa post kat blog ... Silap2 leh kene sue huhuhu.
http://santai2abgdidi.blogspot.com/
Post a Comment