Mungkin akan ada orang kata,
" Ajal maut ketentuan Tuhan", "Kita tak tahu bila kita mati, mungkin esok, mungkin juga lusa".Tapi, kita kena ingat, Tuhan bagi kita hidup dengan kesihatan yang baek, Alhamdulillah. So, kita perlu lah menjaga badan kita ni dari rosak dengan penyakit-penyakit yang sah-sah dari kecuaian kite sendiri, dari pemakanan dan macam-macam lagi kecuali penyakit keturunan.
Nak hidup lama? Orait, dalam berita harian hari ni ada satu kajian yang dilakukan untuk cara nak hidup dengan lebih lama. Jom baca:
Mereka yang tidak berasa bimbang dan sentiasa gembira mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup lebih lama dan panjang umur, kata satu kajian.
Penyelidikan diketuai Profesor Emeritus Universiti Illinois, Ed Diener, berkata penilaian ke atas lebih 160 kajian untuk menentukan kaitan antara minda positif, kesihatan keseluruhan dan umur panjang memperoleh bukti jelas dan meyakinkan.
“Saya terkejut dan teruja apabila melihat perbandingan jelas yang mengaitkan antara tahap kesihatan yang baik dengan umur panjang,” kata beliau dalam laporannya yang diterbitkan Jurnal Applied Psychology: Health and Well-Being.
Diener berkata, walaupun beberapa kajian yang dinilai memberi pandangan bertentangan, pendapat keseluruhan menyokong kesimpulan bahawa kegembiraan mempunyai kaitan dengan kesihatan dan umur panjang. – Berita Harian
p/s: so kesimpulanya, hidup kena happy selalu, jangan terlampau stress. Peace!! :)
1 comment:
Betul tuh, hidup kena happy dan sentiasa ceria. Baca doa, insyaallah
Post a Comment