Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Friday, March 04, 2011

Best Giler : Sebuah Helikopter Sebagai Hadiah Perkahwinan

Seorang lelaki, Lalit Tanwar, 26, berkahwin dengan Yogita Jaunapuria dalam satu majlis perkahwinan mewah, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Lalit dilaporkan menerima hadiah sebuah helikopter manakala 18,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinannya.
Mereka berkahwin di sebuah rumah dekat bandar raya ini dengan 12 skrin televisyen gergasi dipasang bagi merakamkan majlis perkahwinan tersebut.

Akhbar Times of India membuat anggaran bahawa majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa lalu itu melibatkan kos AS$22 juta (RM66.67 juta).
Namun, akhbar Mail Today melaporkan, kos majlis perkahwinan itu mungkin AS$55 juta (RM166.67 juta).
Akhbar Indian Express melaporkan bahawa, pengantin lelaki mendapat hadiah sebuah helikopter Bel 429 berharga AS$8 juta (RM24.24 juta) dalam satu majlis perkahwinan yang ringkas.
Majlis perkahwinan itu melibatkan anak seorang ahli politik daripada parti Kongres yang kaya, Kanwar Tanwar.
Lalit dikatakan memakai kalungan bunga yang diperbuat daripada wang kertas dalam majlis perkahwinan tersebut.
Keluarga pengantin perempuan meraikan pengantin lelaki dengan memberikannya hadiah bernilai AS$5 juta (RM15.15 juta). - Kosmo

p/s: derma kepada rakyat yang miskin pn bagus...

Saturday, February 26, 2011

Pt 1 : Amazing Photos











Sharing is caring

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Sekian lama kita Merdeka, semakin lupa kita tentang wasiat yang di tinggalkan raja-raja Melayu semasa menandatangani persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. 

Semakin berani orang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu malah orang melayu sendiri telah di boneka untuk mempertikai kedaulatan bangsa sendiri. Siapakah yang bodoh dan siapa yang bijak. Untuk itu sama-samalah kita memperingatkan diri dengan wasiat yang di tinggalkan raja-raja melayu. Wasiat yang di tinggalkan adalah seperti berikut :


  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



kredit to : Inspirasi Monologue

Thursday, January 20, 2011

10 Perkara Tentang Lelaki Untuk Wanita



1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.

2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.

3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.

4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.

5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.

6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.

7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.

8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.

9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.

10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.




Full credit to borak kosong


Sharing is Caring

Monday, January 17, 2011

Perodua Bezza



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang memperincikan maklum balas dan komen daripada orang ramai mengenai model Perodua Bezza khususnya daripada pengunjung Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu.
Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.
Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.
Antara persoalannya ialah adakah kenderaan yang direka dengan kepakaran tempatan itu akan direalisasikan menjadi salah satu barisan model keluarannya atau ia akan hanya terus kekal menjadi kereta konsep semata-mata.
Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, syarikat itu akan memberi tumpuan terhadap model kereta tersebut tetapi pihaknya perlu membuat kajian yang mendalam mengenainya terlebih dahulu selain menerima maklum balas daripada pengguna.- Kosmo.

p/s: harap proton pun dapat mengikut jejak langkah yg sama dengan menjadikan model kereta konsep mereka sebagai kereta komersial.

Monday, January 10, 2011

Perokok Akan Lenyap Di Britain


LONDON: Amalan merokok mungkin lenyap di Britain dalam tempoh 50 tahun akan datang, kata sebuah bank pelaburan utama, semalam.
Penganalisis Citigroup, Adam Spielman, berkata penyelidikan mendapati hampir tiada perokok di negara itu dalam tempoh 30 hingga 50 tahun lagi.

Katanya, statistik menunjukkan kadar perokok dewasa di Britain menurun dari 53 peratus pada 1960 kepada 21 peratus pada 2008.
“Jika trend ini berterusan, menjelang 2050 pasaran tembakau akan mati,” katanya.

Menurut laporan itu, ada kemungkinan tiada perokok di Britain atau di mana-mana negara membangun dalam tempoh sama.

Pendedahan itu dikatakan turut mendorong nilai pasaran saham syarikat rokok di Britain merudum. Saham syarikat British American Tobacco, misalnya, merosot 54.5 peratus, manakala Imperial Tobacco 37 peratus.
Sejak sekian lama, orang ramai menganggap saham syarikat rokok sebagai tempat selamat untuk melabur kerana menjamin pulangan keuntungan yang tinggi.

Namun, laporan didedahkan Citigroup semalam itu mungkin menyebabkan kebimbangan meluas di kalangan pelabur.
Laporan itu menunjukkan permintaan terhadap rokok mula menurun ketika harga pasaran untuk produk itu meningkat.

Amalan merokok merosot secara konsisten sejak 1960-an apabila kesedaran orang ramai terhadap kesan negatif daripadanya meningkat. - Harian Metro


p/s: Di Malaysia berapa tahun lagi??

Sunday, January 09, 2011

"Suami akan layu ketika 'disusukan' " / Isteri Perlu Manjaga Payudara



SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.

sumber Harian Metro

p/s: Hebat betol nenek ni, harap-harap semua isteri dan bakal isteri dapat ikut jejak langkah beliau.. aman dunia..hehe


Pelik : Pokok Kasut



SEBATANG pokok kapas setinggi 21 meter di Middlegate, utara Nevada, Amerika Syarikat sudah lama menjadi tarikan kepada pengembara kerana terdapat beratus-ratus pasang kasut koboi, tumit tinggi, sandal, selipar bahkan kasut luncur bergantungan di dahannya. Ia dikatakan pokok kasut terbesar di dunia.
Penjaga bar di Old Middleton Station - kombinasi bar, restoran dan stesen minyak, berkata kasut pertama yang tergantung di pokok itu dilemparkan oleh seorang lelaki yang baru berkahwin pada tahun 1980-an selepas bertengkar dengan pasangannya. Pasangan itu datang berkhemah di bawah pokok kapas itu.
"Si isteri habis banyak wang disebabkan berjudi dan si suami yang marah telah membaling kasut isterinya ke arah dahan pokok itu," kata Stevenson.
Setahun kemudian, pasangan itu datang semula ke tempat itu dan menunjukkan kepada anak sulung mereka kasut yang pernah menjadi tanda pertengkaran mereka.
Pokok itu tumbuh di tepi Laluan 50, jalan raya yang dianggap paling sunyi di AS. Pada malam Tahun Baru baru-baru ini, pokok itu telah ditebang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kisah pokok kasut telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Amerika, sebuah kuasa besar dan didakwa paling maju di dunia.
Hakikatnya, pokok seumpama itu berselerakan di negara itu termasuk di negeri seperti New York, Idaho, Indiana, Maine dan Michigan.
Menurut masyarakat tempatan, amalan membaling kasut ke atas pokok masih misteri dan hanya dilakukan pada pokok terpilih sejak tahun 1970-an.
Amalan membaling kasut seperti menjadi ritual suci bagi memperingati tarikh tertentu atau sebagai tanda mereka pernah melalui sesuatu kawasan.
Tragis
Pengkaji pokok kasut di AS, Doug Kirby bersungguh-sungguh untuk merungkai misteri popular itu.
Menurutnya, sesetengah pokok kasut bermula dengan insiden yang tragis. Dia memberi contoh peristiwa yang berlaku di Salem, Michigan apabila pokok kasut di situ dikaitkan dengan pembunuhan bersiri kanak-kanak yang mana kasut mereka dilempar ke atas pokok selepas dibunuh.
Terang Kirby, bukan mudah untuk melempar kasut ke dahan pokok kerana terdapat tiga peraturan yang perlu diikuti oleh mereka yang mempunyai hajat tertentu.
"Antaranya, sepasang kasut mesti diikat bersama sebelum balingan dibuat. Teknik mengikat dan membaling perlu betul. Jika mengetuk kasut berhampiran pokok itu, pemilik dikhuatiri terkena sumpahan dan mungkin mendatangkan bahaya jika pokok itu sudah reput.
"Kasut yang tergantung di dahan pokok dipercayai mempunyai roh 'Manitau' daripada pemilik sebelumnya yang mengganggu mereka dengan sengaja," ujarnya.
Tambahnya, di Arkansas, pemilihan pokok kasut berhampiran Empangan Beaver agak unik kerana rata-rata pokok di situ sama saiz.
Katanya, pokok kasut itu bukan sekadar menarik perhatian penduduk setempat malah pengunjung turut mengambil peluang membaling kasut yang ditulis dengan mesej tertentu menyebabkan laluan di situ sesak.
"Pada tahun 2000, angin kencang melanda Arkansas mengakibatkan pokok kasut Beaver tumbang manakala kasut-kasut yang tergantung jatuh bersepah.
"Seperti tiada penghujung, beberapa bulan berikutnya pokok kasut Beaver sudah ada pengganti. Penduduk setempat dan pengunjung tidak melepaskan peluang melakukan amalan seperti sebelumnya," katanya.
Akibat terlalu ramai pelawat datang ke situ, ada individu tidak dikenali telah mencantas pokok berkenaan.
Kesannya, kini orang ramai yang mengunjungi pokok kasut Beaver semakin berkurangan. Bagaimanapun, di negeri lain di AS, amalan pelik itu masih berterusan. - Kosmo

Janji Kepada Follower ke 100

Akhirnya, pada hampir tengah malam semalam belog ni sudah mempunyai 100 folower. Haha.. lambat gila kan belog aku ni. T___T.

Anyway, aku nak umumkan disini bahawa follower aku yang ke 100 adalah pemilik belog JUMPING MOMOCHAN iaitu Momochan aka Nadhirah.


Tahniah & terima kasih diucapkan kepada beliau kerana menjadi follower yang ke 100 dan seperti yang dijanjikan, aku akan letakkan 1 link (beserta banner) ke belog beliau. Aku tahu, belog aku ini tidaklah popular tapi inilah cara aku appreciate kepada beliau dan juga aku juga telah membuat satu award kepada beliau. Boleh ambil di link ini----> EZALR AWARD


sekali lagi, thank you and congratulation for being my 100th follower and hope you can accept this.

p/s: turut tidak dilupakan senarai 100 orang follower yang lain, aku ucapkan terima kasih!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...