Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Friday, May 25, 2012
Saturday, February 26, 2011
7 Wasiat Raja-Raja Melayu
Sekian lama kita Merdeka, semakin lupa kita tentang wasiat yang di tinggalkan raja-raja Melayu semasa menandatangani persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Semakin berani orang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu malah orang melayu sendiri telah di boneka untuk mempertikai kedaulatan bangsa sendiri. Siapakah yang bodoh dan siapa yang bijak. Untuk itu sama-samalah kita memperingatkan diri dengan wasiat yang di tinggalkan raja-raja melayu. Wasiat yang di tinggalkan adalah seperti berikut :
kredit to : Inspirasi Monologue
- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
kredit to : Inspirasi Monologue
Subscribe to:
Posts (Atom)


