Saturday, February 26, 2011

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Sekian lama kita Merdeka, semakin lupa kita tentang wasiat yang di tinggalkan raja-raja Melayu semasa menandatangani persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. 

Semakin berani orang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu malah orang melayu sendiri telah di boneka untuk mempertikai kedaulatan bangsa sendiri. Siapakah yang bodoh dan siapa yang bijak. Untuk itu sama-samalah kita memperingatkan diri dengan wasiat yang di tinggalkan raja-raja melayu. Wasiat yang di tinggalkan adalah seperti berikut :


  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



kredit to : Inspirasi Monologue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...