Wednesday, February 23, 2011

F1 : GP Bahrain Ditangguh Bukan Di Batal

Supremo Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone menyuarakan betapa Grand Prix Bahrain hanya ditangguh bukan dibatalkan. 



Tetapi usaha menyelitkan perlumbaan itu dalam kalendar 2011 sudah pasti bukan satu perkara mudah untuk dibereskan berpandu kepada situasi politik di Manama dan bila pergolakan itu akan berakhir.
“Semua suka Bahrain, suka rakyat di Bahrain dan senario negara berkenaan.... saya agak kecewa perlumbaan F1 di sini ditangguh,” kata Ecclestone selepas pihak berkuasa Bahrain mengumumkan perlumbaan di negara Teluk itu yang dijadualkan pada 13 Mac ini dibatalkan.


Kali terakhir perlumbaan F1 dibatalkan adalah pada 1995 di GP Pasifik di Aida, Jepun gara-gara gempa bumi. Apa pun, perlumbaan berkenaan dijadualkan semula dari April ke Oktober. 

Ketika ini sukar bagi penganjur memilih tarikh baru dengan jadual yang padat sepanjang ini tetapi difahamkan ia mungkin diselitkan dengan tempoh sama GP Abu Dhabi pada 13 November sebelum pusingan terakhir di Brazil lewat Disember. 

Kelmarin, Putera Mahkota, Salman Hamad Al Khalifa membuat pengumuman GP Bahrain dibatalkan gara-gara ketegangan politik dan memilih perlumbaan berkenaan diubah ke satu tarikh lain kerana keutamaan adalah menyelesaikan isu dalam negara. - Berita Harian


Just 4 fun :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...