Friday, February 25, 2011

Harga Petrol RON95 dan Diesel Kekal

Kerajaan mengekalkan harga runcit semasa petrol bersubsidi, RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 walaupun harga minyak mentah dunia terus meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 



Beliau berkata, berikutan keputusan itu pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.
“Setakat ini, kerajaan tidak mahu menambah beban ditanggung rakyat dan kerajaan masih boleh bertahan dengan mengekalkan harga minyak RON95 dan diesel," katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini, semalam.

Katanya, alternatif terpaksa dicari segera bagi mengelak kerajaan menanggung subsidi mencecah RM14 bilion tahun ini, sedangkan kerajaan memperuntukkan bajet RM10.3 bilion bagi semua subsidi termasuk minyak, gas memasak, gula, beras dan minyak masak. - Berita Harian


p/s: alhamdulillah, semoga harga minyak kembali turun dengan segera..(kekacauan di negara-negara pengeluar minyak diharap cepat pulih)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...