Wednesday, February 16, 2011

Hebat : Kapal Selam Penyeludup Dadah Berhawa Dingin




Tentera Colombia buat kali pertama merampas sebuah kapal selam penyeludup dadah berhawa dingin yang mampu menyelam sedalam tiga meter dan melakukan perjalanan jauh sehingga ke perairan Mexico, kata pihak berkuasa kelmarin.
Sebelum ini, kapal selam penyeludupan dadah yang ditemui di Colombia tidak boleh melakukan selaman ke dalam laut.
Seorang pegawai tentera Colombia, Kolonel Manuel Hurtado berkata, kapal selam itu sepanjang 30 meter dan diperbuat daripada gentian kaca serta boleh membawa enam kru.
Menurutnya, ia yang ditemui di Sungai Timgiqui, sekitar 440 kilometer ke barat daya Bogota, pada Ahad lepas boleh membawa sehingga lapan tan dadah.
Hurtado menyatakan kapal selam yang dilengkapi dengan enjin diesel itu mengambil masa di antara enam hingga lapan bulan untuk dibina dengan melibatkan kos sebanyak AS$2 juta (RM6.10 juta).
Dia berkata, kapal selam itu ditemui berdasarkan maklumat risikan. Ia didapati kosong semasa ditemui. - Kosmo

p/s: penjenayah sekarang ni kaya-kaya, hebat-hebat

1 comment:

nurmisnan said...

itulah kan.. nak kaya senang jer
jual benda haram...

tapi nyawa hujung tali der.. hu3
sekajap jer "prappppp"
patah tulang tengkuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...