Wednesday, February 23, 2011

Jambu Air Thailand Dilarang Ke Malaysia Kerana Ulat

Jambu air dari Thailand tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia sejak 1 Jan lepas kerana ia didapati mengandungi sejenis ulat yang boleh merosakkan buah-buahan lain dan sayruan di negara ini.




Lalat itu, yang tidak wujud di negara ini, didapati boleh terbang cepat dan memusnahkan pelbagai jenis buah dan sayuran lain jika tidak dikawal, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Koperasi Perlis, Sabry Ahmad hari ini.

"Pengharaman itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkenaan di Thailand," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan pengimport buah-buahan dan sayur-sayuran seluruh Perlis di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis, Khairi Ariff, dan Penolong Pengarah Pertanian (Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan) Negeri, Nilawati Pilus.

Sabry kemudian memasang sepanduk mengenai larangan membawa masuk jambu air dari Thailand itu yang ditulis dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Siam di pintu sempadan.

Beliau menasihatkan pengimport supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan kerana jika mereka cuba membawa masuk dan kemudian dapat dikesan oleh pihak berkuasa di sempadan, buah-buahan itu akan dirampas untuk dimusnahkan mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 atau diarah supaya dihantar pulang ke Thailand.
Tahun lalu, 1.5 juta tan metrik jambu air Thailand bernilai lebih RM750,000 dibawa masuk ke negara ini melalui pintu sempadan di Padang Besar, dan 4.6 tan metrik daripadanya tidak dibenarkan masuk kerana bermasalah.

Sabry berkata, walaupun jambu air Thailand diharamkan, orang ramai masih boleh mendapatkan buah itu di negara ini kerana jambu air juga ditanam di Malaysia.-Bernama


p/s: Jambu air Malaysia pun bagus-bagus apa... :)

2 comments:

Tihara said...

ada gak import jambu air..huhu

zmah said...

Bahaya kalau macam tu,kesihatan lebih penting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...