Sejak dua menjak ini, berlaku perubahan politik yang sangat besar di benua Afrika dengan kebangkitan rakyat yang bangun menentang pengguasaan pemimpin yang telah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan.
Baru baru ini, satu dunia telah melihat kejatuhan regim Presiden Hosni Mubarak yang telah menjadi presiden lebih dari 30 tahun. Rakyat sudah terlalu bosan dan inginkan perubahan politik dalam negara. Mereka mengadakan demonstrasi berminggu-minggu dengan mendesak Presiden meletakkan jawatan dengan serta merta dan akhirnya, mereka berjaya.
Semoga keamanan kembali di bumi Mesir dan juga diharapkan juga, Negara Palestin akan lebih terbela dengan perubahan politik di Mesir dengan membuka semula tanpa menyekat apa-apa di pintu sempadan ke Palestin.
Kini, selepas kebangkitan rakyat di Mesir, pemimpin di Yemen dan Libya pula berdepan dengan perkara yang sama. Tetapi mereka berkeras tidak mahu meninggalkan atau melepaskan kuasa dengan membenarkan tentera menyerang perusuh yang terus berdemostrasi untuk menuntut pelepasan kuasa oleh pemimpin terutama sekali di Libya. Difahamkan setakat ini, seramai 2000 orang telah menjadi mangsa tindakan tentera di Libya.
Sampai bila mereka akan terus dibunuh dan bilakah keamanan akan dicapai? Diharapkan rakyat di negara-negara Islam ini kembali bersatu dan kembali membangunkan negara mereka.
Sebagai perkongsian, disini terdapat susur galur keluarga Gaddafi, Pemimpin Libya. Sumber dari Berita Harian.
p/s: Sila klik pada ambar untuk tumbesaran.
No comments:
Post a Comment