Friday, February 25, 2011

Kereta Kebal era 60-an diletak Ditepi Jalan

Sebuah kereta kebal milik seorang penduduk diparkir di tepi jalan di luar rumahnya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan pemilik kereta kebal itu meletakkan kereta kebal tersebut di tepi jalan telah menyebabkan jiran-jirannya marah.
Jiran-jirannya itu mengadu kereta kebal itu 'menyakitkan mata' mereka kerana ia menjejaskan pemandangan yang indah di kawasan berkenaan.
Namun, pemilik kereta kebal seberat empat tan itu, Nicholas Kravchenko menegaskan, tidak ada undang-undang yang melarang beliau meletakkan kereta kebal tersebut di tepi jalan.
Beliau yang merupakan bekas jurutera tentera membeli kereta kebal era tahun 1960-an itu daripada Kementerian Pertahanan pada harga lebih £10,000 (RM49,545).
Menurutnya, kereta kebal itu mempunyai kelajuan 32.10 kilometer sejam. - Kosmo

p/s: ini baru kereta kebal, kalau jet pejuang? hahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...