Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 2011 / 1432H

Esok merupakan 12 Rabiulawal 1432H dan merupakan salah satu hari yang bersejarah kepada seluruh umat Islam di dunia iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Sama-samalah kita memperbanyakkan salam dan selawat kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan disini aku nk mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1432H kepada seluruh umat Islam di muka bumi Allah SWT ini.


Sedikit info tentang Maulidur Rasul dari Wikipedia

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Wallahualam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...