Monday, February 14, 2011

Valentine's Day


Dari pembacaan aku di beberapa artikel dan entri, terdapat beberapa versi tentang apakah itu Valentine's Day dan kenapa ia disambut pada setiap 14 Februari setiap tahun.

Disini terdapat 4 versi tentang apakah dan sejarah Valentine's Day yang telah diringkaskan.

Pertama.

Ada kaitan dengan sambutan rakyat Rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 Feb sehingga 18 Feb. Pada hari ini, pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks mereka sepanjang tahun tersebut. Pada 15 Feb pula, mereka akan menyembelih anjing dan kambing, dan dua  pemuda yang paling gagah akan mengambil darah dari sembelihan tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.

Kedua.
Ada kaitan dengan kematian paderi St. Valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.

1. Pada zaman itu, kerajaan Rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 Feb.  Penganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjara. Sebelum kematiannya, dia telah menulis sepucuk surat yang tertulis from you valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknya.




Sumber wikipedia:

Saint Valentine's Day, commonly shortened to Valentine's Day, is an annual commemoration held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions. The day is named after one or more early Christian martyrs, Saint Valentine, and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It was deleted from the Roman calendar of saints in 1969 by Pope Paul VI, but its religious observance is still permitted. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines"). The day first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.

2. Raja Rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama Valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.

Ketiga.

Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia sepanyol. Untuk pengatahuan, ketika itu, Islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia adalah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sinilah lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan Islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 Feb, rakyat menyambut unutk mengenang jatuhnya kerajaan Islam.

Keempat.

Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.




Apa-apa pun kisah disebalik tarikh 14 Februari setiap tahun ini, yang pasti, sebagai umat Islam, kita mesti berpegang dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2005.

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam"

Salah seorang ulama terkenal dunia iaitu Syeikh Muhammad Bin Shalih al-‘Utsaimin pernah berkata: 


“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar” 

p/s : kedai-kedai bunga, hadiah atau coklat mesti untung besar hari ini kan? Rasanya tak perlu untuk kita tunjukkan kasih sayang hanya pada hari-hari tertentu dan seboleh-bolehnya, hendaklah tunjukkan sepanjang tahun.

Wallahualam~

Sharing is Caring

1 comment:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Setiap hari adalah hari berkasih sayang.. Saya setuju sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...