Tuesday, March 01, 2011

Maybank Adalah Bank Terbaik

Malayan Banking Bhd (Maybank), menang anugerah Euromoney bagi Perkhidmatan Menyeluruh Perbankan Persendirian Terbaik di Malaysia buat tahun ketiga berturut-turut.


Pemenang dipilih berdasarkan kajian Perbankan Swasta Euromoney yang dianggap sebagai kajian pendapat yang menjadi penanda aras profesional perbankan swasta di seluruh dunia.

Lebih 1,500 profesional perbankan swasta di seluruh dunia yang mewakili US$7.7 trilion aset dalam pengurusan (AUM), mengambil bahagian dalam kajian itu.

Dalam satu kenyataan Ketua Bahagian Perbankan Pengguna Maybank, Lim Hong Tat berkata, pelanggan Pengurusan Kekayaan Maybank berkembang 11.73 peratus pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2010.

Hong Tat berkata, sejak 2007, pertumbuhan purata tahunan AUM sebanyak 16.90 peratus kepada lebih daripada RM40 bilion, sehingga akhir Jun 2010.

Cadangan pengambilalihan Kim Eng Holdings Ltd, sebuah firma pembrokeran Singapura, dijangka membantu Maybank meluaskan perkhidmatan untuk pelanggan perbankan persendirian dan menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan di Thailand dan India dan pasaran lain dengan kedua-dua entiti wujud di Singaprua, Filipina, Indonesia, Vietnam, Hong Kong, London dan New York. - Utusan



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...