Thursday, March 03, 2011

Peugeot 504 Presiden Iran Bernilai Rm 7.5 Juta

Sebuah kereta Peugeot 504 keluaran tahun 1977 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dijual pada harga AS$2.5 juta (RM7.5 juta) dalam satu lelongan antarabangsa kelmarin, kata laman web Pertubuhan Kebajikan Iran.

Sebuah syarikat yang membeli kereta itu tidak mahu identitinya didedahkan, kata kenyataan pertubuhan berkenaan selepas lelongan tersebut berlangsung di bandar Abadan, barat daya Iran.
"Klien saya membeli kereta itu kerana meminati Mahmoud yang mengamalkan pendirian yang bencikan keangkuhan dan fahaman Zionisme," kata seorang peguam Mahmoud Esari.
Beliau mewakili syarikat berkenaan untuk membeli kereta itu dalam satu majlis lelongan di Abadan kelmarin.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari memberitahu, lebih sejuta pembida mendaftar di laman web bidaan tersebut.
Katanya, terdapat juga bidaan-bidaan yang datang dari Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.
Pada 1 Januari lalu, Mahmoud melancarkan laman web www.ahmadinejad-car.com untuk mengundang bidaan antarabangsa untuk kereta itu.
Hasil jualan kereta tersebut akan digunakan bagi membiayai pembinaan 6,000 kediaman untuk wanita miskin dan golongan tidak berkemampuan. - Kosmo

p/s: bg aku, tujuan utama menjual kereta ni adalah sangat-sangat murni walaupun semua sedia maklum dengan nilai sebenar kereta tersebut. Tetapi atas nama presiden Iran yang sangat dikagumi rakyatnya, kereta tersebut dijual dengan nilai yang sangat tinggi. Semoga rakyat Iran terus sejahtera.

1 comment:

Liza @ Adzriel AB said...

sebab tu ramai yg respek diakan.. rasanya kereta kita lagi bagus kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...