Wednesday, November 23, 2011

Cool : The Candy Room


Candy Room ialah sebuah kedai gula-gula yang terletak di Melbourne Australia.Kedia sebesar 450 kaki persegi ini dibuka akhir tahun lalu dan mempunyai hiasan dalaman yang super duper comel. Ianya seolah-oleh sebuah lakaran anak-anak kecil dan memberikan mood ceria sekitar kedai. Conform budak-budak pasti suka!









p/s : sangat-sangat cool, budak-budak mesti suka gila g kedai ni.. ceria.. macam ala-ala choclicious kt OU.

 

Wordless Entry : How to write 4 in between 5


Tuesday, November 22, 2011

Garuda Tumpas Lagi / Harimau Muda Berjaya Pertahan Emas




WE ARE THE CHAMPION!!  AGAIN...



Tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak U-23 Malaysia Harimau Muda, kerana berjaya mempertahankan cengkaman emas dari terlepas ke Laskar Garuda Muda seterusnya membuatkan Garuda terus dahagakan emas Sukan Sea yang sudah berlarutan selama 20 tahun.

Perlu di ingat, sebutir emas bola sepak tidak sama dengan sebutir emas dari pertandingan lain. Ia di ibaratkan sebagai "IBU" emas dan pasukan Harimau Muda berjaya menumpaskan Garuda Muda di hadapan penyokong mereka sendiri di GBK( 100 ribu penyokong fanatik ).

Emas Indonesia di Sukan Sea ke 26 kali ini tak lengkap tanpa emas dari garuda.

Syabas skali lagi kepada pasukan Harimau Muda!!

Malaysia Boleh!!

Yeah!!!!!
p/s : Indonesia tak bisa? : p

Friday, November 18, 2011

Tokyo Sky Tree : Menara Tertinggi Di Dunia


Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan tertinggi di dunia.
Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki.

Bangunan pencakar langit tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter. - Utusan

Menara Kuala Lumpur jatuh ke no 7 sebagai menara telekomunikasi tertinggi didunia.



p/s : Semakin hari bangunan pencakar langit semakin tinggi. Tanda-tanda kiamat kecil da berlaku..Wallahualam

Wednesday, November 16, 2011

Inikah Proton P3-21A?


Aku agak teruja dan terkejut apabila dapat emel tentang gambar ni. Dikatakan ini adalah keluarga baru Proton yang masih belum diberi nama. Cuma baru-baru ini proton telah mendedahkan rangka keluarga baru proton ini yang diberi kod P3-21A.

Gambar ahli keluarga baru Proton ini kelihatan sporty dan jugak elegen. Tapi adakah ini betul-betul ahli keluarga baru Proton? Sama-sama kita nantikan hari pelancaran rasmi pada Februari tahun depan.

Good Work Proton.

p/s : Harap masalah kualiti kenderaan proton tak berulang untuk Proton baru ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...