Monday, December 12, 2011

Daulat Tuanku


Hari ini merupakan hari salah satu hari pelengkap kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Sebentar tadi berlangsungnya adat istiadat keberangkatan pulang baginda pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi. Baginda yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai ”muskat” turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja

Manakala esok, 13 Disember 2011 akan menjadi satu lagi sejarah untuk negara apabila Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan diisytiharkan oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14 untuk tempoh 5 tahun buat kali kedua dan pertama dalam sejarah negara.
 
Untuk pengetahuan, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum ini pernah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 pada tahun 1970 hingga 1975.



p/s : Daulat Tuanku!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...