Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Telur Direbus Dengan Air Kencing Budak

Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
"Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.
"Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya.
Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. - Kosmo

p/s: Siapa yang nak beli, then telur rebus tu?.. kalau aku, tak kan kot walau macamana pun, macam jijik jer..huhu

Monday, February 14, 2011

Diet Cara Vietnam Dan China

Di fahamkan kadar obesiti di Vietnam adalah sangat rendah dan rata-rata penduduk di kedua-dua negara ini mempunyai berat badan yang ideal iaitu tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apakah rahsia mereka sehingga dapat membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali. 



Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.

Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.

Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.

Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.
Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:

  • Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa

  • Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa

  • Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa

  • Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.



    Buah-buahan

    Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.

    Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.

    Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.

    Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.

    Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.
    Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.

    Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.
    Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.

    Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. 


    sumber Utusan

    Sharing is Caring

    Thursday, February 10, 2011

    Tanglung Yang Berbahaya


    Orang ramai sekali lagi diingatkan tentang bahaya melepaskan sejenis tanglung yang menggunakan kuasa api untuk terbang terhadap pesawat.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, tanglung Kong Ming itu boleh diterbangkan angin hingga ke ketinggian 1,800 meter dan ini boleh mengakibatkan kebakaran dan letupan jika berlanggar dengan pesawat di udara.

    "Tanglung jenis ini yang mempunyai api itu bukan sahaja boleh membahayakan pesawat, ia juga boleh mengakibatkan kebakaran bangunan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini hari ini.

    Sebuah akhbar hari ini melaporkan mengenai bahaya penggunaan tanglung itu yang dijual dengan harga RM20 di tepi jalan Persiaran Gurney di sini sejak beberapa hari lepas. - Kosmo


    p/s: ketika aku sedang membuat entri ini, bunyi mercun dan bunga api banyak sangat di sekeliling tempat aku duduk ni... rumate aku yang tengah sedap tidur pun boleh terjaga.. haha kesian..

    Thursday, January 13, 2011

    BMW Z4 batu berharga RM383,652



    BEIJING - Seorang artis, Dai Geng menjual kereta BMW yang diperbuat dengan batu pada harga £80,000 (RM383,652).
    Geng mengambil masa lebih setahun mencantum semua blok batu itu sebelum mengukirnya menjadi BMW Z4.
    Pintu kereta itu yang boleh dibuka dan ditutup seperti kereta biasa turut diperbuat daripada batu.
    Hanya tingkap kereta sahaja tidak dibuat dengan batu. Tayar, roda, paip ekzos dan aksesori lain semuanya dari bongkah batu.
    Kereta BMW itu sepanjang lima meter, 2.15 meter lebar dan tinggi 1.6 meter serta seberat 6.5 tan.
    Dia berharap dapat menjual kereta itu kepada hartawan di negara itu.
    Kereta itu dipamerkan di Shenzheng, wilayah Guangdong, tenggara China kelmarin. - Kosmo

    p/s : memang betul2 artis.. cool !!

    Saturday, January 08, 2011

    Shanghai Paling Sibuk Mengatasi Singapura


    SHANGHAI: Shanghai menyingkirkan Singapura untuk pertama kali pada 2010 sebagai pelabuhan kontena paling sibuk di dunia, tanda pemulihan ekonomi global yang menyaksikan China sebagai pusat trafik kargo. 

    Pelabuhan Shanghai menguruskan 29.05 juta tan kargo (TEU) pada 2010 iaitu 500,000 TEU lebih daripada Singapura, menurut kerajaan Shanghai dalam satu kenyataan hari ini.
    Pegawai kerajaan berkata, ia hasil pemulihan ekonomi serta usaha Shanghai mengadakan Expo Dunia selama enam bulan bagi meningkatkan lagi kemasukan kontena dan trafik kargo di pelabuhan Shanghai. - Berita Harian

    Friday, January 07, 2011

    Bukti Kebongkakkan Amerika Syarikat

    Ketika aku membaca laporan berita di Berita Harian Online hari ini, aku dapat rasakan sesuatu yang boleh dikatakan seperti sebuah negara yang kononnya adalah juara untuk semua merendah-rendahkan kemampuan negara lain dalam membangunkan teknologi sendiri. Bagi aku, ini adalah kenyataan yang jelas menggambarkan kesombongan dan kebongkakkan sebuah negara yang menganggap mereka adalah Polis Dunia, Amerika Syarikat ( baca: kes di Palestin tak pernah selesai kerana sikap berat sebelah, Polis Dunia apakah macam ni?).

    Amerika Syarikat sebenarnya menganggap negara lain sebagai lemah dan tidak berkemampuan mencipta sesuatu yang canggih. Dengan penghasilan jet pejuang J-20 oleh China ini, Amerika Syarikat sebenarnya agak terkejut kerana China mampu menghasilkan jet pejuang dalam masa yang singkat. Tetapi, Amerika Syarikat tetap dengan kesombongannya dengan mengatakan China masih banyak perlu belajar dan masih memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan jet pejuang yang terbaik.

    Pada pendapat aku, aku yakin negara China serta mungkin ada beberapa negara lain yang sedang mencipta teknologi yang hebat dapat menutup kesombongan Amerika Syarikat ini dengan lebih cepat.

    Jom baca laporan berita harian ini:

    GAMBAR jet pejuang prototaip J-20 China sebelum menjalani ujian.
    Beijing perlu banyak masa untuk pastikan senjata baru itu beroperasi sepenuhnya

    WASHINGTON: Seorang pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat meremehkan kebimbangan berhubung laporan menyatakan China mencapai kemajuan dalam membangunkan jet pejuang siluman tetapi mengakui pihaknya terperanjat dengan kepantasan Beijing membangunkan jet canggih hampir tidak dapat dikesan radar itu. 

    Beberapa gambar jet prototaip J-20 China disiarkan oleh pihak yang tidak didedahkan identitinya di beberapa laman web sejak minggu lalu, menjelang lawatan menteri pertahanan AS, Robert Gates ke Beijing semalam.
    Gambar itu menunjukkan prototaip J-20 sudah disiapkan dan sedang diuji di sebuah pangkalan udara di barat daya China.
    Bagaimanapun Laksamana Madya David Dorsett, pengarah risikan tentera laut AS, berkata China mungkin perlu beberapa tahun lagi untuk memastikan pesawat siluman itu dapat beroperasi sepenuhnya. 

    “Usaha membangunkan keupayaan siluman dan kemudian menyepadukan keupayaan itu dengan persekitaran tempur akan mengambil masa yang lama,” kata beliau. 

    Dorsett berkata beliau tidak terperanjat China berusaha membangunkan jet pejuang siluman untuk menyaingi jet generasi kelima F-22 Raptor Amerika. 

    Pesawat siluman memiliki keupayaan untuk menghindari pengesanan secara visual, audio, sensor panas, ataupun gelombang radio (radar). 
    Penganalisis tentera memberi amaran China juga sedang membangunkan versi baru misil balistik Dongfeng 21 (DF-21D) yang boleh menembus pertahanan mana-mana kapal tentera laut AS dan mempunyai jarak sasaran menjangkaui perairan China. 

    “Sebelum ini kita memandang ringan keupayaan China membangunkan senjata teknologi tinggi seperti itu,” Dorsett memberitahu wartawan. 

    Namun beliau berkata China belum lagi mempunyai kecekapan dalam beroperasi dalam persekitaran tempur yang sofistikated dan masih lagi menjadi tanda tanya ke upayaannya melancarkan senjata teknologi tinggi yang dimilikinya itu. 

    “Saya akui mereka akan memiliki sistem senjata itu tetapi apakah mereka mempunyai kemahiran dalam menggunakannya,” kata Dorsett. 

    Ketua risikan tentera laut AS itu berkata beliau lebih bimbang mengenai kegiatan China dalam perang siber dan usahanya meningkatkan keupayaan di angkasa lepas. – Berita Harian

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...