Saturday, October 02, 2010

Adakah Melayu Rasis?

This article is taken from here

Keengganan guna bahasa kebangsaan pamer sikap tak patriotik

SUNGGUH menakjubkan dan sungguh mencemaskan. Inilah perasaan awal saya melihat perkembangan dewasa ini mengenai kedudukan orang Melayu. Kini sudah wujud semacam golongan yang terang-terangan mempersoal peruntukan Perlembagaan yang memberikan kedudukan istimewa kepada Melayu.

Yang menakjubkan pihak yang terang-terangan mahu hapuskan kedudukan istimewa itu, selain daripada mempersoalkan kedaulatan Sultan Melayu, malah agama Islam sebagai agama rasmi negara ini tidak pula dicap rasis?

Semua perkara ini sudah diterima semua yang mengakui diri sebagai rakyat negara ini sebagai suatu wadah kebangsaan guna memupuk keharmonian hidup dan perasaan kebangsaan menjelang pengisytiharan kemerdekaan lebih 53 tahun dulu.

Kiranya peruntukan ini sudah diterima sebagai kehendak dalam usaha memupuk perasaan kebangsaan dan keharmonian antara semua rakyatnya kenapa pula kini semua hal ini hendak diperlekehkan? Anehnya bila ada pertubuhan yang hendak pertahankan perkara yang sudah pun dipersetujui itu sebagai reaksi kepada pihak yang mempersoalkannya, pertubuhan itu pula dituduh sebagai rasis.

Puak yang terang-terangan mempersoalkan apa yang sudah diterima sejak sekian lama ini tidak pula dicap sebagai rasis. Sungguh menakjubkan dan amat mencemaskan.

Lebih mengaibkan malah amat mengharukan ialah pertubuhan, termasuk syarikat bukan Melayu yang berterusan memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu, iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini yang sudah pun diterima pakai dalam gugusan ini sejak berkurun lalu.

Ia juga diiktiraf sebagai bahasa perpaduan. Apakah mereka yang berterusan memperlekehkan penggunaannya tidak mahu wujud perpaduan dalam negara?
Dalam pada itu pertubuhan bukan Melayu berterusan memperjuangkan kedudukan mereka. Apakah apabila dengan megah tidak sedikit pun mengendahkan penggunaan bahasa Melayu misalnya, pun tidak mengapa?

Mereka ini termasuklah beberapa pertubuhan Cina seperti Suqui dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina lain berterusan mengabaikan kepentingan kebangsaan tidak pula dilabelkan sebagai rasis, jauh sekali hendak diheret minta penjelasan apakah negara ini mengamalkan pelbagai bahasa? Sejak bila pula bahasa Mandarin sudah menjadi bahasa negara ini dan tidak lagi bahasa sukuan?

Inilah dianya, apabila begitu melutut hendak mengambil hati orang hingga mereka ini memanjat kepala kita pun tidak mengapa?

Apa sebenarnya sudah terjadi di negara ini? Apakah ini maknanya 1Malaysia? Kenapakah hingga orang lain berani mengabaikan bahasa yang sudah diiktiraf sebagai bahasa penyatuan dan perpaduan diabaikan demikian pun tidak mengapa?
Jadi tidak menghairankan apabila ada NGO Cina mengancam hendak boikot program bancian penduduk hanya kerana menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris saja tanpa menggunakan Mandarin dalam risalahnya pun dilayan?

Sejak bila pula Mandarin sudah menjadi bahasa negara ini? Kenapa selepas sudah merdeka selama 53 tahun pun masih ada warganya yang begitu sombong tidak mahu menggunakan bahasa kebangsaan dan dilayan pula?

Sebenarnya mereka ini bukan saja tidak harus dilayan, tetapi tindakan sepatutnya sudah boleh diambil terhadap mereka kerana mahu mengabaikan suatu ketetapan yang diiktiraf sebagai satu cara memupuk perpaduan. Apakah pertubuhan ini dan ahli sehaluannya tidak mahu menghormati usaha mewujudkan perpaduan?

Apakah yang perlu dilakukan demi perpaduan negara? Kenapakah apabila ada orang yang begitu rakus mengakui diri sebagai rakyat negara ini, tetapi sedikit pun tidak mahu menerima ketetapan yang dipersetujukan sekian lama dulu, itu pun tidak mengapa?

Sepatutnya semua rakyat yang menganggap diri sebagai rakyat negara ini sudah melaksanakan kehendak ini. Semua rakyat yang cintakan perpaduan sepatutnya sudah boleh bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa ini. Termasuk pemimpin kerajaan, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Tidak harus wujud pemimpin negara lebih-lebih lagi menteri yang jelas kelihatan merangkak-rangkak hendak bercakap bahasa Melayu. Kenapa demikian? Jika tidak fasih. Belajar! susah sangatkah?

Mulai sekarang semua acara nasional dan dianggap rasmi hendaklah dilakukan dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris seharusnya dikhaskan untuk acara bersifat antarabangsa saja. Sesiapa saja yang tidak menghormati bahasa Melayu jangan dilayan.

Demikian juga media elektronik kerajaan, malah media swasta juga termasuk stesen radio dan televisyen kecuali stesen bahasa sukuan tidak harus dibenar mewawancara rakyat negara ini dalam bahasa lain, selain bahasa kebangsaan. Jika mereka ini tidak sanggup bertutur bahasa Melayu jangan temuramah mereka. Habis cerita.

Sudah 53 tahun kita merdeka, apakah masih perlu orang yang tidak tahu bertutur atau faham bahasa kebangsaan masih hendak dilayan? Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah diberi kuasa penuh menghukum mereka yang tidak menghormati kedudukan begini.

Dalam pada itu, memandangkan pentingnya pengetahuan bertutur dan menulis bahasa Inggeris untuk kepentingan pasaran, semua lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sepatutnya sudah boleh bertutur dan faham bahasa Inggeris dengan baik apabila saja mereka lulus dan keluar untuk mencari pekerjaan.

Jika tidak kursus intensif untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan ini perlu dilaksanakan supaya mereka tidak gugup dan kaku hendak berbahasa Inggeris apabila ditemuduga untuk mendapatkan pekerjaan.

Sememangnya tidak dinafikan bahasa Inggeris penting dalam suasana pekerjaan, tetapi ini tidak bermakna bahasa Melayu pula mahu dipinggirkan. Inilah saja caranya untuk terus mendaulatkan bahasa Melayu, di samping memberikan penekanan terhadap bahasa Inggeris. Apa susah sangatkah hendak melaksanakan semua perkara ini?

Apakah orang Melayu rasis? Bukankah Melayu suatu suku etnik yang sungguh inklusif, iaitu sanggup menerima sesiapa saja sebagai Melayu asalkan memenuhi tiga syarat yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu bertutur bahasa Melayu secara lazim, mengikut adat resam Melayu dan beragama Islam. Soal etnik tidak timbul pun. Apakah ini pun rasis?

Penulis ialah Felo Kanan UKM

Hang Tuah pernah berkata .." Tak akan Melayu hilang di dunia"..

p/s : kalau perkara begini berterusan, lambat laun Melayu akan pupus.. Sultan dan Raja Melayu yang selama ini dianggap lambang kekuasaan melayu akan terhapus macam tu jer.. dah beratus-ratus tahun boleh lenyap dlm sekelip mata.. sedarlah Melayu..jangan jadi penumpang di tanah sendiri hanya kerana tunduk kepada desakan dan permintaan kaum lain...perlembagaan harus dipertahankan, bukan dipolitikkan!!!


Friday, October 01, 2010

Memikat Wanita

Tips untuk kali ini adalah tips memikat hati wanita pulak. Kepada sesiapa yang terasa dia adalah lelaki (lelaki sejati) dan bukan lelaki plastik yang sedang berusaha sedaya upaya mungkin untuk memikat wanita, tips ini dapat membantu anda. Harap-harap tips kali ini dapat membantu .

Juga seperti enrti sebelum ini, tips tuk memikat wanita juga mungkin terdapat di beberapa blog atau website dan boleh dikatakan amat mudah didapati. Jadi, aku kat sini nk sharekan lah sedikit tips yang aku jumpa ni.

Ini adalah beberapa tips yang juga aku dapat semasa blog walking.
Tips taken from here


azue suke ros merah, so aku saje letak gamba ni.heee

Cara Memikat Hati Wanita

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

# Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai – itulah perempuan.

# Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai atau menyampaikan salam untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan dia akan berasa begitu bahagia menerimanya. ( sekarang ni dah ada 3G, lagi bagus kalau dapat membuat panggilan 3G)

# Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

# Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka mempunyai ingatan yang sangat kuat terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat kejutan (surprise) sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

# Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho’an kamu!.

# Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

# Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

# Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

# Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

# Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

# Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

# Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk. Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!


p/s : harap maaf kepada kaka, aku wat dulu enrti ini..hahaha

p/s 2: plan nk post esok tp skg aku kena post cepat, sbb kaka cuba mencuri idea aku..
lagipn mmg da siap, cuma xpost jer..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...