Thursday, January 20, 2011

Al-Quran 500 Tahun

Memang menakjubkan, masih terdapat Al-Quran yang ditulis tangan berusia 500 tahun, Subhanallah.Petikan ini di ambil dari kosmo

KITAB al-Quran berusia sekitar 500 tahun disimpan dalam Perpustakaan John Rylands di Manchester, Britain.

LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.
Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.
Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.
Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.
Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford.

p/s: berharap agar Al-Quran itu dijaga dengan baik dan lebih baik lagi kalau org Islam sendiri yang menjaga nya.

Wednesday, January 19, 2011

Jumlah Kenderaan Di Malaysia Semakin Meningkat

Jualan kenderaan di Malaysia pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu. Tapi aku disini ada satu kerisauan, semakin banyak kenderaan di jalan raya, semakin tinggikah risiko untuk kemalangan? seperti kita tahu, Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai rekod kemalangan yang agak tinggi.

Pada aku, sikap pemandu sebenarnya perlu diubah dan itu yang paling penting, tanpa perubahan sikap, buat lah banyak mana pun kempen keselamatan jalan raya, memang tak akan menampakkan hasil yang bagus.

Myvi Dazzling Red WUR 7***

Petikan dari Utusan.


Jualan kenderaan mencecah paras tertinggi dalam sejarah dengan sejumlah 605,156 unit, meningkat 12.7 peratus atau 68,251 unit tahun lepas berbanding 536,905 unit pada 2009, kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

Jumlah Keluaran Industri (TIV) 2010 melepasi rekod 552,316 unit yang direkodkan pada 2005, katanya kepada pemberita selepas mengumumkan angka pengeluaran dan jualan terkini serta unjuran untuk 2011.

Daripada jumlah jualan itu, kenderaan penumpang menyumbang sebanyak 543,594 unit, manakala kenderaan komersial sebanyak 61,562 unit berbanding sebanyak 486,342 unit dan 50,563 unit yang masing-masing dijual pada 2009, katanya.

Aishah berkata, prestasi tertinggi itu adalah hasil daripada pelan dan program berani dan baharu yang dilancarkan oleh kerajaan tahun lepas seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menyumbang kepada keyakinan pengguna dan perniagaan yang lebih tinggi.

Faktor penyumbang lain ialah tawaran inovatif serta menarik dan skim untuk pembeli kereta baharu seperti kadar faedah sewa beli yang lebih rendah, tempoh pembayaran balik yang lebih panjang serta hadiah percuma, katanya. – Utusan



p/s: aku berharap sangat kemalangan di Malaysia dapat dikurang kan.. mustahil kah? .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...