Wednesday, November 03, 2010

Post #200 : Blog Traffic, Statistic / Arigatōgozaimasu!!

Aku berblogging baru setahun jagung, masa mula memblog dulu hanya untuk suka-suka dan aku tak sangka pula aku boleh bertahan lama sampai sekarang. Dulu aku mula memblog pun disebabkan pengaruh member, masa tu boleh dikatakan hampir setiap seorang member aku ada blog sendiri. Aku yang tak mahu mengalah, juga buat 1 blog sendiri dan ini adalah post aku yang ke-200,(sikit kan?.. tak macam blogger-blogger lain, dah beribu-ribu)

Dulu hanya suka-suka, tak kisah sangat pasal traffic blog semua ni, tak kesah sangat blog aku ni tak ada siapa yang kenal dan boleh dikatakan ada hari yang tak ada viewer langsung. Aku pun kurang mengupdate blog kerana sibuk dengan belajar dan sibuk dengan Final Year Project aku. Member-member aku pun kurang update blog dan ini turut membuatkan aku malas nak update kerana tak akan ada siapa pun yang baca masa tu. Nak kata follower ramai? 10 follower pun tak sampai masa tu (sedih kan..hehe).

Kalau diingatkan balik semua tu, aku boleh gelak sambil menggeleng kepala sorang-sorang..hahaha. Tapi benda ini terjadi dalam jangka masa yang agak panjang. Kalau nk bercakap tentang traffic, dulu memang hancur.. hahaha.. kurang gila. Semenjak dua ini alhamdulillah, statistik traffic blog aku semakin naik dan semakin baik. Terima Kasih kepada sesiapa yang sudi view blog aku dan menjadi follower aku. Insyaallah aku akan follow blog korang balik. Dan kepada viewer yang turut komen kat post aku, turut aku ucapkan Arigatōgozaimasu!!.

Aku pun tak ingat sangat macamana aku boleh naikkan traffic aku ni, tapi aku rasa sebab aku ikut beberapa tips yang aku dapat dari blogger-blogger yang turut aku kongsikan di sini, di sini, di sini dan juga di sini. Tak lupa juga kepada Nuffnang (even aku tak earn banyak mana pun) yang menyediakan platform untuk mempromote blog.

Jom tengok statistic dari Nuffnang kt bawah ni. (klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)

Statistic for last week

Statistic after following all tips (not all actually)

Yesterday statistic
( tak update sangat semalam, memang tak sangka dapat viewer seramai ni, tak pernah capai pun sebenarnya macam ni :D)

Statistic for this week.

Viewer aku tak adalah terlalu ramai macam sesetengah blog lain, tapi aku bersyukur aku merasa juga macam ni..MySpace. Follower aku pula tak ramai pun, tapi aku syukur dan skali lagi aku ucapkan terima kasih yer..

2 comments:

saya_arief said...

mantap...
huhu.
:D

Ezal R said...

biasa-biasa jer.. tak ada mantap mana pun.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...