Monday, November 08, 2010

Tips Mengatasi Bau Badan

Gambar sekadar hiasan

Pada zaman permulaan aku menjadi blogger, aku pernah kongsikan tentang cara mengatasi bau badan. Tapi kali ini aku sekali lagi nak kongsikan tips mengatasi bau badan.

Kepada sesiapa yang selalu tidak selesa dengan bau badan atau tidak tahu cara nak mengatasi bau badan sendiri, boleh lah mencuba beberapa tips yang aku akan kongsikan ini. Semoga tips ini dapat membantu korang. Untuk pengetahuan korang, masalah bau badan bukan sahaja memberikan masalah kepada orang yang berbadan besar tetapi juga orang yang berbadan kecil turut boleh mengalami masalah bau badan. Punca utama adalah dikaitkan dengan cara seseorang itu mengambil beberapa makanan yang boleh menyebabkan hal ini berlaku dan juga cara sesorang itu menjaga kebersihan diri.

Tips Mengatasi Bau Badan

1. Makan 500 miligram rumput gandum dalam keadaan perut kosong dengan segelas air. Kandungan bahan klorofil membantu mengurangkan bau badan sekali gus bertindak sebagai rawatan semula jadi.

2. Sapukan sodium bikarbonat di bahagian ketiak dan tapak kaki kerana ia turut mempunyai keberkesanan tertentu.

3. Gunakan alkohol (bagi individu yang bukan beragama Islam) atau cuka putih untuk mencuci bahagian ketiak.

4. Masukkan beberapa titisan air mawar ke dalam bekas air mandi. Anda tidak perlu menggunakan deodoran selepas mandi.

5. Kisar buah tomato segar dengan daun teh sage. Sapukan dan biarkan bahan itu di bahagian ketiak selama 10 minit sebelum mandi.

6 . Perahkan dua dozen jus lobak putih yang dicampur dengan ¼ sudu gliserin. Masukkan cecair itu ke dalam botol penyembur untuk dijadikan deodoran harian. Jus lobak itu boleh menghilangkan bau badan sehingga 10 jam.

7. Campurkan sedikit sodium bikarbonat dengan jus lemon dan sapukan terus di bahagian bawah tangan atau ketiak.

8. Minyak pohon teh adalah bahan antibakteria yang sangat berkesan. Campurkan dua titisan minyak esen itu ke dalam 0.02 liter air.

9. Dalam bekas berisi 30 milimeter air, masukkan 10 titisan minyak esen. Ia kemudian boleh disapu di bahagian ketiak.

10. Basahkan kapas dengan cuka putih dan lap ketiak. Ia boleh menghilangkan bau badan terutama di bahagian ketiak dalam masa beberapa minit.

11. Minum segelas teh sage setiap hari dan ia akan mengurangkan aktiviti pengeluaran peluh yang berlebihan daripada semua bahagian badan.

12. Salah satu cadangan lain yang mungkin boleh diamalkan ialah mandi dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari.

Sharing is caring

4 comments:

Ken Wooi said...

guna deo :)

Ezal R said...

deo untuk sementara..
nk kekalkn bau tu hilang :D

AzuE said...

cam kenal je model-model di atas...
budak 2 org tu dah jadi model part time ek??
hahahahahahaha

Ezal R said...

model tanpa byaran..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...