Lepas ni senanglah untuk pass ujian memandu sebab kerajaan dah cadangkan untuk membenarkan ujian memandu menggunakan kereta automatik. Dulu bukan main susah lagi tambah-tambah kepada orang yang baru belajar memandu.
Yelah, mana tidaknya kan? Nak kontrol pedal Clutch, pedal minyak, gear, stereng dalam masa yang sama. Teringat lagi masa aku mengambil ujian memandu, masa tu ujian naik bukit, punya lah aku mengelabah nak kontrol clutch dengan minyak, tak nak engin kereta mati..tambah-tambah masa berhenti atas bukit and then nak gerak balik, pergh!! itu memang mencabar gila...hahah. boleh tergelak sorang-sorang kalau diingatkan balik.
Apa pengalaman korang masa ambil ujian memandu dulu? mesti macam-macam benda yang terjadikan? :D
Dipetik daripada Berita Harian.KUALA LUMPUR 1 Nov. - Kerajaan bercadang untuk membenarkan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu di negara ini melalui penambahbaikan yang terkandung dalam Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, bagi menggubah peraturan sedia ada iaitu hanya kenderaan manual boleh diguna untuk ujian memandu maka beberapa pindaan terhadap Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 perlu dibuat.
Perubahan perlu dilakukan terhadap struktur kurikulum pemandu, sistem ujian memandu dan memperkenalkan lesen memandu kelas automatik, katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) dan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) mengenai sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan modul baru bagi ujian memandu kereta automatik bagi memberi kemudahan kepada pihak yang kurang mahir menggunakan kereta manual terutama wanita dan warga tua yang ingin mendapatkan lesen memandu kelas automatik sahaja. - Bernama
1 comment:
pengalaman? ermm kantoi kat parking, sebab langgar tiang. lepas tu, cikgu memandu tu teramatlah miang.. -_-''
Post a Comment