Wednesday, December 29, 2010

Garuda Tumbang!!! Syabas Harimau Malaya!!


WE ARE THE CHAMPION!! 

Tahniah dan syabas kepada pasukan kebangsaan Malaysia Harimau Malaya, kerana berjaya mempertahankan cengkaman maut terhadap si Garuda seterusnya menumbangkan Garuda. Walaupun entri aku kali ini agak terlewat kerana meeting yang aku kena hadir, aku tetap bersemangat, bergembira dan bersyukur kerana tahun 2010 ini Harimau Malaysia berjaya menamatkan kemarau selama 14 tahun tanpa Piala Suzuki.

Kini, Malaysia telah kembali kepada landasan untuk menjadi antara pasukan terkuat di rantau Asean dan mudah-mudahan Malaysia terus maju dan terus berjaya. Amin!!


Disini aku nak komen sikit tentang permainan sebentar tadi, Malaysia banyak menerima tekanan dari Indonesia namun tetap berjaya menyerap semua tekanan. Bagi aku, permainan Malaysia malam ini bagus tetapi kurang agresif jika dibandingkan ketika di Stadium Bukit Jalil. Bagi aku memang terbaik lah malam tu!!

Aku tak nak panjang-panjangkan sangat entri ni, so sekali lagi aki ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya!! Syabas kepada kalian semua!! both team played a good game..

Kepada Indonesia, cuba lagi pada kejohanan yang akan datang, dan aku disini juga nk ucapkan syabas kepada pasukan Garuda kerana memberikan permainan yang menarik.



p/s: kepada media indonesia pula, aku harap mereka tidak megkambing hitamkan apa-apa lagi dan terima lah kekalahan dengan hati yang terbuka dan berfikiran matang..

p/s: aku dengar-dengar jumaat ni 31 Disember 2010 telah diisytiharkan sebagai cuti umum sebagai hadiah berjaya memenangi Piala Suzuki AFF 2010. Confirmed!!! Yeah!! thanx PM.

2 comments:

Balqees Amanda said...

yeah!..esok cuti..aummmm~

natrahmohdsaid said...

sbb dorg satu msia dpt cuti kn..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...